Posts

Kerja-Kerja Sanitasi KPKP SMK Panchor

Image
7.30 pagi, Ahad, 10 Oktober 2021 Pada pagi ini Puan Hasmah, Encik Poon Thin Fook, Encik Mohammad Azwan dan Puan Nik Rozaimah telah melakukan kerja-kerja sanitasi di Blok KPKP SMK Panchor sebagai persediaan untuk kembali bersekolah pada hari Isnin, 11 Oktober 2021. Untuk catatan, penutupan semua kelas KPKP SMK Panchor bermula pada hari Rabu, 6 Oktober 2021 sehingga Jumaat, 8 Oktober 2021 adalah selaras dengan arahan yang diterima daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seremban berikutan penularan wabak virus COVID-19 di kalangan warga KPKP SMK Panchor. Saksikan rakaman yang telah dilakukan oleh Encik Poon Thin Fook dan Encik Mohammad Azwan.

Muhammad Aiman Danial Menimba Pengalaman Berharga

Image
Jumaat, 8 Oktober 2021 Muhammad Aiman Danial bin Dinorshuhaidi telah mewakili KPKP SMK Panchor menyertai pemilihan wakil daerah Seremban dalam Pertandingan E-Catur. Bertanding dalam kategori Bermasalah Pembelajaran Menengah, Aiman telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan tersebut. Walaupun gagal mewakili daerah Seremban untuk ke peringkat negeri, pengalaman yang ditimba pada pagi ini akan menjadi pengajaran untuk melakukan yang lebih baik di masa akan datang.  Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh Cikgu Poon.

Karya Capan Sayur-Sayuran PdPr 6 Oktober 2021

Image
Berikutan pelaksanaan PdPr bermula 6 sehingga 8 Oktober 2021 kerana penularan jangkitan COVID 19 di sekolah, pada 6 Oktober 2021 telah diadakan aktiviti membuat capan daripada sayur-sayuran untuk para pelajar KPKP SMK Panchor. Tatapi beberapa rakaman yang cikgu ambil daripada Whatsapp kelas.

Tahniah Kepada Para Pemenang Pertandingan Penyertaan PDPR

Image
Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Penyertaan PDPR KPKP SMK Panchor yang telah tamat penilaiannya kelmarin. Kepada yang tidak berjaya cuba lagi di masa akan datang. Errr, tak ada dah rasanya pertandingan ni di masa akan datang kerana kita semua dah boleh belajar secara bersemuka mulai Isnin, 4 Oktober depan. Tatapi semula senarai para pemenang dan juga hadiah delivery pizza dan sabun basuh kain yang dihantar petang tadi. Yang belum terima hadiah hari ini, Insya Allah akan terima esok. Bersabar ya. Jangan lupa basuh kasut sekolah, kemas beg sekolah, seterika uniform sekolah (bagi yang pandai menggunakan seterika), asah pensel, asah pensel warna dan pastikan alat tulis seperti gam, gunting dan pembaris dibawa bersama minggu depan. Dan jangan lupa masukkan modul-modul pdpr yang telah siap dibuat ke dalam beg sekolah. Ingat pesanan Cikgu Hasmah, kalau tak sihat jangan datang ke sekolah. Kalau diuji positif Covid 19 di sekolah alamatnya tutuplah sekolah kita beberapa ha...

Taklimat Pembukaan Sekolah KPKP SMK Panchor

Image
9.00 malam - 10.00 malam, Rabu, 29 September 2021 Pada malam ini telah diadakan Taklimat Pembukaan Sekolah KPKP SMK Panchor bersama-sama dengan para penjaga para pelajar KPKP SMK Panchor secara dalam talian Google Meet di pautan https://meet.google.com/vsq-oqdp-ytv . Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan persediaan untuk pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober nanti. Di samping itu beliau juga telah menerangkan perihal pelaksanaan penginklusifan separa untuk semua murid KPKP SMK Panchor dan perihal Mesyuarat Agung PIBG SMK Panchor yang bakal diadakan pada Sabtu, 9 Oktober 2021 secara dalam talian Google Meet. Dikongsikan rakaman yang sempat dibuat semasa taklimat tadi. Puan Hasmah sedang menyampaikan taklimat. Terima kasih di atas kehadiran semua para penjaga di dalam taklimat pada malam  ini.

Sekitar Persediaan Pembukaan Sekolah & Mesyuarat Pengurusan KPKP SMK Panchor 3/2021

Image
8.00 pagi - 11.30 pagi, Rabu, 29 September 2021, Blok KPKP SMK Panchor

Sekitar Program Vaksinisasi COVID 19 Pelajar KPKP SMK Panchor

Image
8.00 pagi, Jumaat, 24 September 2021, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi Dikongsikan rakaman yang sempat dibuat semasa Program Vaksinisasi COVID 19 Pelajar KPKP SMK Panchor pada pagi tadi. Maafkan cikgu sekiranya tiada gambar kamu di sini. Jangan lupa, ini baru dos yang pertama. Dalam masa tiga minggu kena ambil dos yang kedua pula ya :) Setkan reminder dalam HP tarikh 15.10.2021 (Jumaat).