Posts

Showing posts from February, 2020

Raptai Perbarisan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Panchor Tahun 2020

Image
7.45 pagi, Jumaat, 28.2.2020, Padang SMK Panchor. Pada pagi ini telah diadakan raptai perbarisan untuk Kejohanan Sukan Olahraga SMK Panchor Tahun 2020. Untuk makluman para penjaga, diminta menghantar anak-anak ke Blok Permata Kasih sebelum pukul 7.00 pagi pada hari kejadian (Ahad, 1 Mac 2020) bagi membolehkan pihak kami membuat persiapan awal untuk murid-murid. Selain itu pihak kami juga mengalu-alukan jika ada mana-mana penjaga yang ingin menyumbangkan makanan atau minuman untuk dinikmati oleh anak-anak pada hari kejadian. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Latihan Perbarisan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Panchor Tahun 2020

Image
7.45 pagi, Khamis, 27.2.2020, Tempat Letak Kereta KPKP SMK Panchor. Pada pagi ini murid-murid KPKP SMK Panchor meneruskan lagi latihan untuk perbarisan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Panchor Tahun 2020. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Terapi Boling 1/2020

Image
10.00 pagi, Rabu, Ole Ole Superbowl Mydin Mall Seremban 2. Pada hari ini telah diadakan aktiviti Terapi Boling buat kali pertama untuk tahun 2020. Skor tertinggi pada pagi ini hanyalah 97 pin oleh Farhan. Para penjaga bolehlah mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak mengikut kesesuaian masa masing-masing untuk meningkatkan kemahiran anak-anak. Selesai terapi boling, murid-murid telah dibawa menikmati hidangan yang mereka ingini diingini di Marry Brown. Setelah itu mereka dibawa oleh guru-guru melawat ke kedai-kedai yang terdapat di dalam Mydin Mall. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Raptai Perbarisan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Panchor 2020

Image
7.45 pagi, Rabu, 26.2.2020, Padang SMK Panchor Pada pagi ini telah diadakan raptai perbarisan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Panchor Tahun 2020. Murid-murid KPKP SMK Panchor yang mewakili Rumah Pahlawan tidak ketinggalan menghantar kontinjen perbarisan pada tahun ini. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Latihan Dalam Perkhidmatan: Bina Pasukan

Image
9.00 pagi, Sabtu, 22.2.2020, Dewan Terbuka SMK Panchor. Pada hari ini warga kerja SMK Panchor telah mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang bertajuk Bina Pasukan. Fasilitator jemputan pada pagi ini ialah Encik Mohd Shariman Che Deris @ coachabelong. Pelbagai aktiviti telah dilakukan pada hari ini sebagai usaha membina pasukan SMK Panchor yang lebih mantap. Saksikan rakaman yang dimuat turun daripada Telegram Official SMK Panchor.