Posts

Showing posts from May, 2021

Selamat Datang Kepada Dr. Mohd Fadzil Jamil

Image
Pada awal minggu ini warga SMK Panchor merasa amat bertuah kerana menerima pengganti kepada Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, pengetua SMK Panchor yang telah bersara wajib pada 25 April 2021 yang lalu. Beliau yang kami maksudkan ialah Dr. Mohd Fadzil Jamil. Tahniah dia atas pelantikan Tuan sebagai pengetua SMK Panchor yang baharu. Semoga SMK Panchor akan terus cemerlang di bawah pentadbiran Tuan. Yang Berusaha Dr. Mohd Fadzil Jamil, Pengetua SMK Panchor mulai 26 April 2021.

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Duit Raya SMK Panchor

Image
Jumaat, 7 Mei 2021, 7.30 pagi, Dewan D'Persada Gemilang SMK Panchor Pada hari ini telah diadakan majlis di atas sebagaimana kelaziman pada tahun-tahun yang terdahulu tetapi di dalam norma yang baru. Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Mohd A'lim bin Ismail bersama para peserta yang terdiri daripada beberapa orang pelajar. Setelah selesai majlis tersebut, agenda diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada para pelajar SMK Panchor yang kurang bernasib baik. Untuk KPKP SMK Panchor, bantuan telah disampaikan kepada Arief Rayn bin Sirajuddin oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Sumbangan Duit Raya Aidilfitri

Image
Khamis, 6 Mei 2021 Misteri bilakah dapatnya duit raya terjawab pada hari ini apabila para pelajar KPKP SMK Panchor telah menerimanya sebelum pulang pada hari ini. Duit raya pada tahun ini merupakan sumbangan daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Gunakanlah sumbangan yang diterima dengan sebaik mungkin. Jangan beli mercun tau! Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Sumbangan Samperit Dan Duit Raya

Image
Rabu, 5 Mei 2021. KPKP SMK Panchor Pada hari ini pelajar-pelajar kelas Permata Arif telah menerima sumbangan kuih samperit dan duit raya. Sumbangan ini sebagai penghargaan di atas sumbangan tenaga kerja mereka di dalam menjayakan Projek Samperit Hari Raya Aidilfiti Permata Kasih Tahun 2021. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. 

Pelajar KPKP SMK Panchor Menerima Suntikan Vaksin ATT (Tetanus Toxoid)

Image
Rabu, 5 Mei 2021, 8.30 pagi, Bilik Kesihatan SMK Panchor. Pada pagi ini sebahagian pelajar KPKP SMK Panchor telah menerima suntikan Vaksin ATT (Tetanus Toxoid). Suntikan ini telah dilaksanakan oleh pihak Klinik Kesihatan Ampangan yang datang ke sekolah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.