Posts

Showing posts from January, 2023

Hari Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan

Image
11.30 pagi, Rabu, 1 Februari 2023, Kelas Permata Ehsan Pada pagi ini program di atas telah berlangsung. Kita merasa amat bersyukur kerana semua anak-anak kita pada tahun ini layak menerima bantuan kewangan ini daripada pihak kerajaan tanpa mengira jumlah pendapatan para penjaga. Semoga bantuan yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya. Pihak kami turut mengucapkan terima kasih kepada penjaga Anaqi yang mengadakan jamuan nasi dagang untuk guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Mantan pelajar KPKP SMK Panchor iaitu Afifah kini mencari rezeki dengan bekerja di sebuah syarikat pembersihan. Selain menerima gaji daripada pihak syarikat, Afifah turut menerima elaun insentif OKU bekerja RM300 sebulan daripada pihak kerajaan. 

Tahniah Kepada Maryam

Image
11.00 pagi, Isnin, 30 Januari 2023, Bengkel Pembuatan Roti KPKP SMK Panchor Pada pagi ini telah berlangsung satu majlis ringkas bagi meraikan kejayaan salah seorang pelajar KPKP SMK Panchor melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Jelebu untuk Kursus Sijil Penyediaan Makanan (Sijil Kemahiran Malaysia). Beliau ialah Saudari Siti Noor Maryam binti Mazhar yang akan melaporkan diri ke kolej berkenaan pada 31 Januari 2023. Kepada Maryam, kami warga KPKP SMK Panchor mengucapkan selamat maju jaya. Menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakan-rakan. Ada yang dah menangis. Bihun sup dan lepat pisang. Sedikit sumbangan kewangan daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Maryam menerima hadiah daripada rakan. Terlupa pula beri hadiah ini di sekolah. Terima kasih kepada Puan Insyirah yang menyampaikan hadiah ini secara pandu lalu kepada Maryam di hadapan Giant Senawang pada sebelah petang.

Hari Anugerah Kecemerlangan Sahsiah Dan Kokurikulum SMK Panchor

Image
9.00 pagi, Jumaat, 27 Januari 2023, Dewan D'Persada Gemilang Terima kasih kepada Puan Asohan kerana merakamkan gambar penerima-penerima anugerah pada pagi ini.

Siswa UITM Cawangan Seremban Datang Berkebun

Image
8.00 pagi, Sabtu, 14 Januari 2023, Kebun KPKP SMK Panchor Pada pagi ini beberapa orang siswa UITM Cawangan Seremban telah datang ke sekolah untuk bergotong-royong di kebun KPKP SMK Panchor. Program bakti siswa ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh UITM bagi merapatkan hubungan dengan komuniti luar. Gotong-royong pada pagi ini telah diselia oleh Cikgu Poon Thin Fook. Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh Cikgu Poon.