Posts

Showing posts from May, 2017

Persiapan Hari Guru

Image
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk update blog sekejap. Untuk makluman semua anak-anak PPKI SMK Panchor sekarang tengah sibuk mengadakan persiapan sempena hari guru dan sambutan Hari Lahir pelajar. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan esok bersamaan 24 Mei 2017 dan sambutan Hari Lahir pelajar akan diadakan pada 25 Mei 2017. Berikut terdapat beberapa keping gambar sempena hari-hari yang bakal menjelang itu :) Aisyah tengah practice utk nyanyian hari guru goodies utk hari lahir pelajar cikgu farah tengah siapkan hadiah untuk guru 😍 ok..cheseee ok baii ^_^ S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  G.U.R.U

Badan Permuafakatan

Image
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Alhamdulillah baru-baru ini program PPKI SMK Panchor bejaya membentuk ahli jemaah badan permuafakatan. Penubuhan jawatankuasa badan permuafakatan ini seiring dengan kepimpinan baharu PPKI iaitu Pn. Hasmah Bt. Abu Bakar. Beliau mementingkan penubuhan jawatankuasa ini dengan tujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak PPKI. Menerusi jawatankuasa yang dibentuk juga mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan ibu bapa pelajar di samping, menjadi tempat perbincangan permasalahan atau sebarang akitiviti yang akan dijalankan melibatkan anak-anak PPKI SMK Panchor ini. Diharapkan dengan wujudkan Badan Permuafakatan ini mampu melancarkan segala aktiviti atau program yang telah dirancangkan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak. Tengah GPK Pendidikan Khas yang baharu Pn. Hasmah diapit oleh Pn. Zalena dan Pn. Shahida Barisan guru dan Ahli Jawatankuasa Badan Permuafakatan Add caption Sekian ...

Kejohanan Balapan dan Padang

Image
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Pada 3 dan 4 Mei lepas telah berlansungnya Kejohanan Balapan dan Padang PPKI peringkat Daerah Seremban, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan dan di SMK Pendeta Za'ba. Anak-anak PPKI SMK Panchor tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan.  Alhamdulillah setiap pelajar membawa pulang kemenangan masing-masing. Jom kita lihat beberapa foto semasa kejohanan berlansung. Terima kasih kepada jurulatih En. Zaiham serta guru-guru pengiring Pn. Farah Anom dan Pn. Nor Faizah serta PPM yang banyak membantu guru dan pelajar Pn. Nurul Insyirah. Antara pelajar yang membawa pulang kemenangan dari kiri shakil, azri, arif, zulaikha dan haida Barisan guru, pembantu dan pelajar Shakil Johan 200 M (L) dan Naib Johan 100 M (L) Haida Johan 800 M (P) dan Naib Johan 400 M (P)  Johan 400 M (L) dan Naib Johan 800M (L) zulaikha Naib Johan 800 M (P) dan tempat ke-3 400M (P) Pergi dengan harapan pulan

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Salam pembuka bicara dan perkenalan dari kami warga PPKI SMK Panchor. Alhamdulillah berjaya mewujudkan blog ini sebagai tatapan seluruh warga ppki serta sebagai wadah perkongsian segala aktiviti atau program yang kami jalankan. Untuk pengetahuan semua PPKI SMK Panchor terdiri daripada lapan orang guru termasuk GPK Pendidikan Khas, empat orang Pembantu Murid, 24 pelajar dan 8 pelajar inklusif. Didoakan seluruh warga PPKI SMK Panchor terus maju ke hadapan. sekian...