Posts

Showing posts from July, 2021

Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha

Image
Kami guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid KPKP SMK Panchor ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar KPKP SMK Panchor. Insya Allah kita akan meneruskan PDPR pada hari Isnin, 26 Julai 2021. Kami juga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada semua umat Islam yang akan menyambutnya pada hari Selasa, 20 Julai 2021. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan sepanjang ujian wabak Covid-19 ini diberi ganjaran oleh Allah di hari akhirat kelak. Dikongsikan gambar para pelajar yang telah menerima hadiah daripada guru-guru pada hari Sabtu baru-baru ini untuk tatapan bersama.

Program Makan Bersih, Kekal Sihat

Image
 Hari: Rabu Tarikh: 14 Julai 2021 Masa: 10.00 pagi Pada hari ini, ahli-ahli Persatuan Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor telah menyertai Program Makan Bersih, Kekal Sihat yang dianjurkan oleh KPKP SMK Warisan Puteri. Semoga ilmu yang telah diperolehi akan dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ahli. Terima kasih kepada KPKP SMK Warisan Puteri kerana menjemput kami untuk menyertai program ini. Semoga kerjasama seperti ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Afifah, Ayuni Dan Hanif Menerima Dos Pertama Vaksin COVID-19

Image
Tahniah kepada Ayuni binti Azman, Muhammad Hanif bin Md Yusof dan Nur Afifah Myra binti Hisham yang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada hari ini iaitu Isnin, 12 Julai 2021. Semua Allah akan melindungi kita semua daripada wabak penyakit yang merbahaya ini. Muhammad Hanif Nur Afifah Myra