Posts

Showing posts from January, 2019

Sukantara Lompat Jauh & Lontar Peluru

Image
29 Januari 2019 (Selasa), 7.30 pagi - 9.30 pagi, Padang SMK Panchor Pada pagi ini para pelajar telah menyertai acara sukantara lompat jauh dan lontar peluru. Saksikan rakaman yang sempat kami buat. Cikgu Poon Thin Fook memberi taklimat sebelum acara lontar peluru bermula. Setiap pelajar diberi tiga peluang percubaan. Adam melakukan lontaran. Cikgu Poon Thin Fook memberikan taklimat kepada pelajar perempuan sebelum acara lontar peluru dimulakan. Ayuni melakukan lontaran. Chong Xin Chi melakukan lontaran. Aisyah melakukan lompatan. Mengukur jarak lompatan yang telah dilakukan. Matahari makin tinggi. Aniq melakukan lompatan untuk acara lompat jauh. Keputusan Rasmi: Lontar peluru  L1 1.Razzaq 10.67m 2. Hanif 8.16m 3. Syawal 6.9m L2 1. Aniq 5.4m 2. Danish 5.35m 3. Nadzreen 5.3m P1 1. Chong Xin Chi 5.6m 2. Ain Khaireena 5.3m 3. Umairah 5.2mm P2 1. Afifah 4.74m 2. Aisyah 3.72m 3. Adilah 3.55m Lompat jauh L1 1. Razzaq 10.7m 2. A

Kursus Membuat Mufin

Image
28 Januari 2019 (Isnin), 7.30 pagi - 4.00 petang, Kolej Komuniti Jelebu Pada hari ini Blok Permata Kasih kosong bagai dilanda garuda. Semua warga PPKI SMK Panchor telah mengikuti kursus membuat mufin yang diadakan di Kolej Komuniti Jelebu. Kami telah berpeluang membuat tiga jenis mufin iaitu perisa coklat, pandan dan strawberi. Saksikan rakaman yang sempat saya buat. Maaf kalau gambar semasa memasak tidak ada gambar anak2 tuan2 dan puan2 kerana saya harus fokus kepada ahli2 kumpulan di bawah jagaan saya. Nanti kalau ada yang cedera, saya pula yang disalahkan. Layan gambar dulu ye, saya nak masuk kelas. Warga PPKI SMK Panchor menikmati roti krim yang disumbangkan oleh individu yang tidak diketahui. Menaiki bas dengan teratur. Tuan Haji Raduan membacakan doa ringkas sebelum perjalanan dimulakan. Amin. Para pelajar mengambil tempat. Sejuk meja tu kerana diperbuat daripada logam. Puan Nor Faizah binti Abu Bakar, tenaga pengajar Unit Pengajian Sepanj