Posts

Showing posts from December, 2022

Selamat Bercuti

Image
 7.30 pagi, Jumaat, 9 Disember 2022 Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar KPKP SMK Panchor. Insya Allah kita akan berjumpa lagi pada hari Selasa, 3 Januari 2023. Dikongsikan sedikit rakaman aktiviti pada pagi ini iaitu majlis bacaan Yassin dan tahlil pimpinan Tuan Haji Raduan bin Nasir, taklimat ringkas kepada para pelajar oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar (GPK Pendidikan Khas SMK Panchor), gotong-royong mengemas kelas dan jamuan ringkas kepada warga KPKP SMK Panchor oleh Puan Asohan binti Mohamad dan guru-guru serta pembantu-pembantu pengurusan murid. Pada jam 10.00 pagi pula, para pelajar KPKP SMK Panchor yang memenangi hadiah dalam pelbagai aktiviti atau pertandingan di luar sekolah pula diraikan dalam majlis penyampaian hadiah ko-kurikulum peringkat sekolah di Dewan Terbuka.

Aktiviti Hari Rabu

Image
 7.30 pagi, Rabu, 7 Disember 2022 Pada pagi ini para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama membantu memasak bubur lambuk manakala kumpulan yang kedua mengikuti aktiviti senamrobik. Saksikan rakaman yang dibuat.

Aktiviti Hari Selasa

Image
 7.30 pagi, Selasa, 6 Disember 2022 Setelah aktiviti 1M1S ditangguhkan untuk tahun ini, kesempatan telah diambil pada pagi ini untuk melakukan gotong-royong mengemas stor KPKP, mengemas kebun dan membuat persediaan bahan masakan untuk aktiviti membuat bubur lambuk pada pagi hari Rabu. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.