Posts

Showing posts from October, 2019

Program Kesedaran Nuklear Bagi OKU Pembelajaran

Image
9.00 pagi- 12.30 tengah hari, Selasa, 22 Oktober 2019, Dewan Besar SK Panchor Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Panchor dan KPKP SMK Panchor pada hari ini telah bekerjasama bagi menjayakan program di atas. Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh Agensi Nuklear Malaysia bagi menyebarluas kesedaran kewujudan teknologi nuklear di kalangan rakyat Malaysia khususnya di kalangan OKU pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Agensi Nuklear Malaysia yang telah diwakili oleh Cikgu Faizal, Cikgu Nurzehan dan Cikgu Hasnul berjaya mencetuskan kesedaran teknologi nuklear melalui aktiviti tayangan video, kuiz serta latihan dalam kumpulan yang telah membabitkan kesemua warga KPKP SK Panchor dan KPKP SMK Panchor. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. Tayangan video Agensi Nuklear Malaysia. Tayangan video progam untuk pagi ini. Cikgu Hasnul memperkenalkan diri. Cikgu Nurzehan berinteraksi dengan murid KPKP. Cikgu

Hari Anugerah Kecemerlangan Sahsiah Dan Ko-Kurikulum SMK Panchor 2019

Image
Khamis, 10 Oktober 2019, 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, Dewan D'Persada Gemilang SMK Panchor. Setelah berjerih payah, berpanas di bawah terik matahari semasa pertandingan, berhabis minyak petrol, meninggalkan keluarga sendiri di rumah di waktu hari hujung minggu menghantar anak-anak KPKP ke sana sini untuk bertanding dalam pelbagai pertandingan demi memberi peluang anak-anak KPKP menimba pengalaman maka pada hari ini tiba masanya pengiktirafan diberi melalui program di atas. Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Suhaimi bin Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Lenggeng. Berikut merupakan senarai penuh penerima sijil-sijil penghargaan pada hari ini. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Warga sekolah bergambar bersama YB. Cikgu Wani (kiri) sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi MC. Pelajar KPKP bersedia untuk menerima sijil penghargaan. Puan Hajah Zawakhir sedang menyampaikan ucapan.