Posts

Showing posts from December, 2021

Jamuan Perpisahan Khalid

Image
Jumaat, 10 Disember 2021, 9.30 pagi, Kelas Permata Arif Tahniah diucapkan kepada Muhammad Khalid Al Walid bin Mohd Yusoff kerana melanjutkan pelajar di Giat MARA Seremban, Jalan Pantai dalam kursus asas kimpalan mulai bulan Januari 2022. Pada pagi ini warga KPKP SMK Panchor mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan Muhammad Khalid buat kali terakhir. Selamat maju jaya diucapkan kepada Muhammad Khalid. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Terima Kasih Yayasan Alpro

Image
Rabu, 8 Disember 2021, Pejabat SMK Panchor Warga KPKP SMK Panchor ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Alpro di atas sumbangan dua tablet dan dua set kit perlindungan diri COVID-19 untuk kegunaan warga KPKP SMK Panchor. Sumbangan pihak Yayasan Alpro telah disampaikan Encik Ostwin Paw Yen Thng iaitu Customer Aquisition Manager Negeri Sembilan. Yang Berusaha Dr Mohd Fadzil bin Jamil telah mewakili pihak KPKP SMK Panchor untuk menerima sumbangan pihak Alpro. Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh Encik Poon Thin Fook.