Posts

Showing posts from April, 2023

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Duit Raya

Image
7.30 pagi, Selasa, 18 April 2023, Dewan DPersada Gemilang Bergambar dengan baju raya Penyampaian duit raya oleh keluarga Ahmad Razeq Majlis Khatam Al-Qura bermula Ceramah khas oleh Yang Berbahagian Ustaz Jasni bin Ajom. Cenderahati untuk naqib dan naqibah. Sumbangan untuk para pelajar yang kurang bernasib baik Semua pelajar menerima duit raya daripada guru-guru.

Terima Kasih Di Atas Sumbangan Yang Diberi

Image
 Isnin, 18 April 2023 Terima kasih diucapkan di atas sumbangan kuih raya dan duit yang telah disampaikan oleh pihak AM Tajudin Enterprise, AMT Canopy, AMT Groups & Encik Tajuddin sekeluarga. Sesungguhnya sumbangan yang diberi amatlah berharga dan membawa keriangan kepada warga KPKP SMK Panchor. Terima kasih juga diucapkan di atas sumbangan kuih raya dan duit yang telah disampaikan oleh Sharah Afya dan keluarga. Tiada yang lebih menggembirakan para pelajar KPKP SMK Panchor apabila menerima duit raya daripada rakan mereka sendiri. Semoga sumbangan yang diberi akan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para penerima. Moga-moga para penyumbang akan menerima pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.   Dalam pada itu bagi menghargai sumbangan tenaga para pelajar yang telah menjayakan Projek Kuih Raya Samperit Permata Kasih untuk tahun ini, pihak KPKP SMK Panchor telah menyampaikan kepada mereka sebalang kuih samperit serta duit raya.