Posts

Showing posts from March, 2023

Selamat Maju Jaya Kepada Arief Rayn

Image
 11.30 pagi, 31 Mac 2023, Kelas Permata Al-Khawarizmi Tahniah diucapkan kepada Arief Rayn bin Sirajuddin yang akan melanjutkan pelajarannya ke SMPKV Indah Pura, Kulai, Johor dalam Kursus Refleksologi Kaki, Tangan Dan Telinga (Foot, Hand And Ear Reflexology). Arief Rayn akan melapor diri ke sekolah berkenaan pada pagi hari Isnin, 3 April 2023. Pihak KPKP SMK Panchor telah mengadakan suatu majlis perpisahan ringkas pada pagi ini. Selain memberi peluang untuk beliau, rakan-rakan, guru-guru serta pembantu-pembantu pengurusan murid berinteraksi buat kali terakhir, Arief Rayn juga menerima sedikit sumbangan daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid dalam bentuk wang tunai serta keperluan persekolahan. Akhir kata selamat maju jaya kepada Arief Rayn. Perkongsian gambar Arief Rayn semasa melapor diri di SMPKV Indah Pura.

Aktiviti Kelab Keusahawanan KPKP SMK Panchor

Image
 7.30 pagi-9.00 pagi, Rabu, 29 Mac 2023 Untuk aktiviti kelab pada pagi ini, para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama melakukan aktiviti membuat sampul duit raya di kelas Permata Al-Zahrawi. Kumpulan yang kedua melakukan aktiviti tadarus Al-Quran di Bilik Bahan Bantu Mengajar. Kumpulan yang ketiga melakukan aktiviti mengopek ikan bilis di Bilik Masakan. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Image
Khamis, 23 Mac 2023. Kami warga KPKP SMK Panchor ingin menzahirkan ucapan takziah buat salah seorang pelajar kami iaitu Ahmad Razeq Danial bin Azmi dan keluarga di atas pemergian ayahnya iaitu Azmi bin Ahmad pada petang tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah (dibaca).  Cikgu Nurul Huda mewakili pihak sekolah menyampaikan sumbangan derma warga sekolah kepada ibu Ahmad Razeq Danial.

Hari Keempat Minggu Orientasi KPKP SMK Panchor

Image
 7.30 pagi, Khamis, 23 Mac 2023, Kawasan sekolah Ujian diagnostik Matematik Penempatan pelajar lama dan baru mengikut kelas

Penyampaian Sijil PASM 2022 Untuk Calon-Calon SMK Panchor

Image
11.00 pagi, Rabu, 22 Mac 2023, Pejabat Pentadbiran SMK Panchor Pada hari ini telah diadakan suatu majlis ringkas bagi menyampaikan Sijil Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah tahun 2022 kepada calon-calon SMK Panchor. Empat orang pelajar yang telah menerima salinan sijil masing-masing ialah MUHAMMAD DANISH NAJMI BIN JOHAIMI, SITI NOOR MARYAM BINTI MAZHAR, MUHAMMAD MUSTAQIM BIN IRWAN RIZAN & MUHAMMAD ANIQ BIN SUHAIMI. Terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Mohd Fadzil bin Jamil, Pengetua SMK Panchor yang telah sudi menyampaikan salinan sijil kepada calon-calon. Semoga sijil yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk melanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau pun untuk memohon kerja. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Hari Ketiga Minggu Orientasi KPKP SMK Panchor

Image
Rabu, 22 Mac 2023, Kawasan sekolah Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Taklimat Ko-Kurikulum, Mesyuarat Agung Badan Beruniform Pengakap, Kelab Keusahawanan & Permainan Mengenal tempat-tempat di dalam kawasan sekolah Jamuan/Kenduri arwah Cikgu Khamis, mantan GPK Pendidikan Khas SMK Panhor