Posts

Showing posts from January, 2021

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai tahun ini KPM telah mengambil ketetapan bahawa para menjaga adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat para penjaga seperti pekerjaan dan pendapatan penjaga serta maklumat anak di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).  Setelah dikemaskini para penjaga perlulah mengesahkan maklumat yang telah dikunci masuk (key in). Maklumat yang dimasukkan adalah penting untuk tujuan seperti penyaluran biasiswa, Bantuan Awal Tahun Persekolahan dan bantuan Elaun Murid Khas. Berikut merupakan surat daripada pihak KPM bertarikh 11 Disember 2020. Sehubungan itu para penjaga KPKP SMK Panchor dimohon agar memberikan kerjasama untuk login (bagi pengguna sedia ada) atau mendaftar (bagi pengguna baru) di Sistem Pengurusan Modul Murid di portal public.moe.gov.my Idealnya, hanya salah seorang penjaga sahaja yang perlu login, mengemaskini maklumat dan mengesahkan maklumat di dalam sistem ini. Bagi yang telah berpisah tak ada masalah sekiranya kedua-dua penj

Minggu Orientasi KPKP SMK Panchor 2021

Berikutan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang membenarkan hanya para pelajar tingkatan lima tahun 2020 sahaja untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka mula Rabu 20 Januari 2021, para pelajar KPKP SMK Panchor tidak terkecuali daripada mengikuti pembelajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).  Namun begitu, pihak KPKP SMK Panchor telah mengambil inisiatif mengadakan Minggu Orientasi KPKP SMK Panchor 2021 secara dalam talian dan kumpulan Whatsapp Waris mulai Rabu, 20 Januari 2021 hingga Jumaat, 22 Januari 2021. Berikut merupakan ringkasan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tiga hari tersebut. Rabu, 20 Januari 2021:   Tayangan video Selamat Datang Ke Kelas Pendidikan Khas Bagi yang ingin melihat semula video tersebut boleh klik di pautan berikut, Video Selamat Datang Ke Kelas Pendidikan Khas Khamis, 21 Januari 2021: Tayangan video Taklimat Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Khas Bagi yang ingin melihat semula video tersebut boleh klik di pautan berikut, Video Taklima

Senarai Kelas KPKP SMK Panchor 2021

Image