Posts

Showing posts from September, 2020

Keputusan Penuh Pertandingan-Pertandingan Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor

Image
10.00 pagi, Isnin, 5 Oktober 2020, Blok Permata Kasih Akibat kekangan masa serta kebimbangan penularan bertambahnya kes COVID-19 daripada hari ke hari maka tiada majlis penutup diadakan bagi Program Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor pada tahun ini. Dengan itu pada pagi ini, Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor telah mewakili Tuan Pengetua SMK Panchor bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan tersebut di kelas mereka masing-masing. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.  Senarai penuh para pemenang adalah seperti berikut.  Kuiz Kategori A 1. MUHAMMAD SAIHAH BIN ABDULLAH 2. MUHAMMAD SYAWAL BIN ASRI 3. ANIS ADILAH BINTI AZIZAN Kategori B 1. KHAIRUL NADZMEER BIN ABD. HAMID 2. MUHAMMAD HANIF BIN MD. YUSOF 3. MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN AMIR FIKRI Hafazan Ayat Lazim Kategori A 1. NOOR AISYAH BINTI MOHAMAD 2. MUHAMMAD SAIHAH BIN ABDULLAH 3. NUR HAZIRAH BINTI MOHD RADZI Kategori B 1. AYUNI BINTI AZMAN 2. MUHAMMAD HANIF BIN MD. YUSOF 3. KHA

Hari Kelima Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor: Pertandingan Mewarna Khat Jawi

Image
 8.00 pagi, Jumaat, 25 September 2020, Blok Permata Kasih Aktiviti Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor diteruskan lagi dengan Pertandingan Mewarna Khat Jawi. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Hanif tekun mewarna. Saihah makan untuk menggantikan tenaga yang telah banyak digunakan semasa pertandingan. Antara hasil kerja murid. Sufi dan hasil kerjanya. Naqib dan hasil kerjanya. Rayn dah hasil kerjanya.

Hari Keempat Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor: Bergotong-Royong Memasak Bubur Lambuk & Kuih Tepung Pelita

Image
 7.30 pagi, Khamis, 24 September 2020, Blok KPKP SMK Panchor Untuk hari keempat Minggu Pendidikan Islam, warga KPKP SMK Panchor telah bergotong-royong memasak bubur lambuk dan kuih tepung pelita. Di samping itu murid-murid yang tidak sempat dinilai untuk pertandingan hafazan ayat-ayat lazim pada pagi Rabu telah dinilai oleh Tuan Haji Raduan pada hari ini. Saksikan rakaman yang sempat kami buat.