Posts

Showing posts from July, 2017

Majlis Iftar : Jalinan Kasih

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada bulan Ramadhan lalu juga Program PPKI SMK Panchor juga telah mengadakan majlis iftar. Majlis Iftar ini telah mendapat tajaan pihak Restoran 9 Lakes. Terima kasih atas sumbagan yang diberikan. Merasa juga anak-anak PPKI untuk berbuka puasa di luar secara buffet , rambang mata mereka tengok bermacam hidangan yang disediakan. Anak-anak gembira guru-guru turut bergembira. Selain iftar, turut diselitkan dengan majlis perpisahan Pn. Siti Rozana iaitu bekas PPM di sini dan pelajar-pelajar turut diagihkan sumbagan duit raya dan kuih raya daripada hamba Allah yang pemurah. Alhamdulillah rezeki anak-anak PPKI. pn. pengetua  meyanmpaikan sepatah dua kata Pn. Hasmah selaku GPK menyampaikan sepatah dua kata barisan guru, ahli keluarga dan ibu bapa pelajar sesi pengagihan duit raya dan kuih raya penyampaian hadiah kepada Pn. Siti Rozana yang berpindah ke sekolah baru selamat maju jaya di sekolah baru. pelajar bersama ahl

Majlis Tadarus Al-Quran

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada bulan Ramadhan lalu pihak SMK Panchor mengadakan pelbagai program dalam mengimarahkan bulan Ramdhan yang mulia ini. Salah satunya ialah program Tadarus Al-Quran, dan pelajar-pelajar PPKI juga turut sama terlibat dalam program ini. Alhamdulillah anak-anak PPKI  berjaya menghabiskan bacaan juzuk 30 dalam masa yang ditetapkan.  Pelajar-pelajar dipecahkan dalam kumpulan masing-masing dengan setiap kumpulan mempunyai naqib dan naqibahnya sambil dibantu oleh guru dan pembantu murid. solat dhuha sebelum memulakan tadarus pelajar berada dalam kumpulan tadarus masing-masing