Posts

Showing posts from August, 2022

Pertandingan Congkak Bersempena Minggu Kebangsaan Peringat PPKI SMK Panchor

Image
8.30 pagi, Isnin, 30 Ogos 2022, Pusat Sumber Sekolah SMK Panchor Pada pagi ini telah berlangsung pertandingan di atas sebagai satu usaha mendedahkan para pelajar kepada permainan tradisional congkak. Para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Permata Arif & Permata Barakah, Permata Cemerlang & Permata Daei dan Permata Ehsan & Permata Falah. Pelbagai gelagat dapat disaksikan di samping saingan yang sengit di kalangan peserta. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Tayangan filem klasik Sarjan Hassan lakonan seniman P. Ramlee dan Salleh Kamil mengisi masa terluang setelah pertandingan tamat. Keputusan Rasmi: Kategori Permata Arif & Permata Barakah 1.  AMIR AKMAL BIN KHAIRUL ANUAR 2.  SOFIA BALQIS BINTI TENGKU SHAHRY 3.  NURSOFEA NATASHA BINTI SHAIFUL REZAL 4.  MUHAMMAD DANISH NAJMI BIN JOHAIMI Kategori Permata Cemerlang & Permata Daei 1.  NUR IMAN HUDA BINTI ABDULLAH   2.  MUHAMMAD HAKIMI BIN ABDULLAH 3.  MUHAMMAD MUSTAQIM BIN IRWAN RIZAN 4.  MUHAMMAD IZZ

Verifikasi Pentauliahan Cawangan SMK Panchor Untuk Program Modular PPKI Bidang Asas Roti

Image
 8.00 pagi, Isnin, 29 Ogos 2022, Google Meet Pada hari ini telah berlangsung program di atas bagi mengiktiraf /mentauliah PPKI SMK Panchor sebagai sebuah pusat bertauliah untuk Program Modular PPKI Bidang Asas Roti. Segala jerih payah persediaan yang dilakukan dalam minggu-minggu sebelum ini terbayar dengan penerimaan pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia semasa sesi maklum balas pihak JPK di sebelah petang.  

Majlis Perasmian MInggu Kebangsaan Peringkat PPKI SMK Panchor

Image
10.00 pagi, Jumaat, 26 Ogos 2022, Kelas Permata Ehsan Pada pagi ini telah berlangsung majlis di atas secara meriah dengan penyertaan semua warga PPKI SMK Panchor. Terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Rosni bin Pilus, GPK Pentadbiran SMK Panchor yang telah sudi merasmikan program kami yang tidak seberapa ini. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Terapi Boling AEON Seremban 2

Image
9.00 pagi, Selasa, 23 Ogos 2022, U-Bowl Seremban 2. Saksikan rakaman yang sempat dibuat semasa terapi boling yang telah dilaksanakan pada hari ini.

Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat & Pelancaran Portal Aduan Buli 2022

Image
8.00 pagi, Khamis, 18 Ogos 2022, Dewan Terbuka SMK Panchor Pada pagi ini para pelajar KPKP SMK Panchor telah turut serta menyertai majlis pelancaran program di atas yang boleh disaksikan secara langsung melalui YouTube. Imej ini merupakan hak milik Unit HEM SMK Panchor.

TAKLIMAT PENINGKATAN PROFESIONALISME PENTAKSIR PASM PERINGKAT SEKOLAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

Image
2.00 petang, Khamis, 18 Ogos 2022, Dewan Besar SK Wawasan Seremban 2. Pada petang ini guru-guru KPKP SMK Panchor telah menghadiri taklimat di atas yang dijalankan untuk sekolah-sekolah dalam daerah Seremban. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.