Kerja-Kerja Sanitasi KPKP SMK Panchor

7.30 pagi, Ahad, 10 Oktober 2021

Pada pagi ini Puan Hasmah, Encik Poon Thin Fook, Encik Mohammad Azwan dan Puan Nik Rozaimah telah melakukan kerja-kerja sanitasi di Blok KPKP SMK Panchor sebagai persediaan untuk kembali bersekolah pada hari Isnin, 11 Oktober 2021.

Untuk catatan, penutupan semua kelas KPKP SMK Panchor bermula pada hari Rabu, 6 Oktober 2021 sehingga Jumaat, 8 Oktober 2021 adalah selaras dengan arahan yang diterima daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seremban berikutan penularan wabak virus COVID-19 di kalangan warga KPKP SMK Panchor.

Saksikan rakaman yang telah dilakukan oleh Encik Poon Thin Fook dan Encik Mohammad Azwan.







Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga