Posts

Showing posts from July, 2020

Belajar Di Dalam Suasana Norma Baharu

Image
Rabu, 15 Julai 2020, KPKP SMK Panchor Selamat datang diucapkan kepada semua murid SMK Panchor terutama sekali kepada murid-murid KPKP SMK Panchor. Alhamdulillah secara keseluruhannya semua perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah telah berjalan lancar. Namun begitu terdapat sedikit teguran yang ingin dinyatakan di sini iaitu masih ada murid-murid yang tidak membawa peralatan secukupnya seperti alat tulis dan selipar seperti yang disenaraikan oleh pihak sekolah semasa taklimat pada hari Sabtu tempoh hari. Diharapkan para penjaga murid-murid berkenaan peka dengan hal-hal sebegini yang merupakan sebahagian daripada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Saksikan rakaman foto yang sempat dibuat.

Kunjungan Mesra Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Ke SMK Panchor

Image
9.00 pagi, Selasa, 14 Julai 2020, KPKP SMK Panchor Warga SMK Panchor sangat berbesar hati di atas kunjungan mesra yang dilakukan oleh Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ke sekolah kami pada pagi ini. Beliau dan pegawai-pegawai yang mengiringi beliau telah meninjau seluruh kawasan sekolah bagi memantau persediaan SMK Panchor untuk beroperasi sepenuhnya pada hari esok. Saksikan rakaman foto yang sempat dirakam ketika beliau singgah di Blok Permata Kasih.

Taklimat Pembukaan Sekolah Bersama Para Penjaga Murid-Murid KPKP SMK Panchor

Image
Sabtu, 8.30 pagi, 11 Julai 2020, Dewan Terbuka SMK Panchor Pihak KPKP SMK Panchor telah mengadakan satu taklimat khas untuk para penjaga murid-murid KPKP SMK Panchor bersempena dengan sesi persekolahan untuk anak-anak mereka yang akan bermula pada hari Rabu 15 Julai 2020. Semoga taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor dan Encik Rosni bin Pilus, GPK Pentadbiran SMK Panchor akan menjadi panduan dan rujukan oleh para penjaga di dalam suasana norma baru persekolahan buat anak-anak mereka. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.