Posts

Showing posts from June, 2019

Cikgu Poon Mengharumkan Nama PPKI SMK Panchor Di COMPEX 2019

Image
25 - 27 Jun 2019, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknikal, Bandar Enstek, Negeri Sembilan   Tahniah kepada Encik Poon Thin Fook di atas kejayaannya mendapat johan untuk Pertandingan Bicara Tuntas Kategori Pensyarah dan pingat perak untuk Pertandingan Inovasi Kategori Pensyarah di COMPEX 2019 (Pertandingan Inovasi: Competition, Presentation, Exhibition Peringkat Kebangsaan). Semoga kejayaan beliau akan menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan lebih gemilang di masa hadapan. Tatapi rakaman foto yang beliau kongsikan di group Telegram kami. Mesin Angkat Masuk Kira hasil rekacipta Cikgu Poon.  Cikgu Poon bersama hasil rekacipta beliau. Majlis penutup dan penyampaian hadiah. Yang Berhormat Puan Nicole Tan Lee Koon, Exco Kerajaan Negeri Sembilan sedang menyampaikan ucapan. Cikgu Poon sedang menerima hadiah. Cikgu Poon sedang menerima hadiah. Plak dan sijil penghargaan yang diterima untuk J ohan Pertandingan Bicara Tuntas Kategori

Ahmad & SerembanTeam 1 Johan Keseluruhan Pertandingan Boling Tenpin Pendidikan Khas Negeri Sembilan 2019

Image
Khamis, 27 Jun 2019, Ole Ole Mydin Seremban 2, 9.00 pagi - 2.00 petang. Tahniah kepada Ahmad Izzuddin bin Azizan dan pasukannya yang menjadi johan keseluruhan untuk pertandingan pada hari ini. Tempat kedua dimenangi oleh Seremban Team 4 manakala tempat ketiga Rembau A. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh  Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dalam pertandingan pada hari ini, guru PPKI SMK Panchor Encik Noor Azlan turut bertugas sebagai AJK Statistik & Keputusan Rasmi manakala pembantu pengurusan murid iaitu Puan Nurul Insyirah pula bertugas sebagai 'lane marshal'. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Bersedia untuk memulakan permainan. Dari kiri: Nur Liyana, Puan Wahidah (pengurus pasukan), Puan Insyirah, Darshan, Ahmad Izzuddin dan Danish Harith. Saya di meja statistik. Sejujurnya Ahmad (di tempat ke 32 keseluruhan) dan Nur Liyana (di tempat k

Terapi Boling Tenpin Bulan Jun 2019

Image
Rabu, 27 Jun 2019, 9.30 pagi - 2.00 petang, Ole Ole Mydin Seremban 2 Dengan berpakaian sukan Pahlawan maka pada hari ini pelajar PPKI SMK Panchor berazam untuk mendapatkan 'perfect game'. Untuk pengetahuan semua, hadiah untuk 'perfect game' (mendapat 'strike' untuk semua frame) iaitu RM100 masih belum ada yang mendapatnya sehingga ke hari ini. Pelajar yang mendapat 'perfect game' juga ditawarkan hadiah tajaan permainan boling tenpin secara percuma untuk selama setahun. Bacaan lebih lanjut  https://en.wikipedia.org/wiki/Perfect_game_(bowling) Malangnya penantian untuk menyaksikan mana-mana pelajar mendapat 'perfect game' masih belum kesampaian sehingga ke hari ini. Namun demikian, saksikanlah rakaman yang sempat dibuat. Beratur menaiki bas. Beratur memilih kasut boling. Nama pelajar sedang dikunci masuk. Memilih bola yang bersesuaian. Memulakan permainan. Syahiran membeli air mineral. Syahril membeli air soy

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Ko Akademik Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan Part 2

Image
Selasa, 25 Jun 2019, 12.30 tengah hari, D' Persada Gemilang Pada tengah hari ini telah berlangsung majlis di atas. Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Encik Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sedang memotong salah satu kek hari lahir peserta pertandingan. Hari lahir beliau kebetulan akan jatuh pada 29 Jun ini.  Encik Mohamad Nek Ezar melihat bot-bot solar yang telah dihasilkan oleh para peserta. Nyanyian lagu Negaraku. Bernyanyi dengan penuh bersemangat. Ustaz Mohd Abdullah daripada SMK Pendeta Za'ba sedang membacakan doa bagi memohon keberkatan daripada Allah. Mengaminkan doa. Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor sedang menyampaikan ucapan selaku pengelola pertandin

Pertandingan Ko Akademik Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan Part 1

Image
Selasa, 25 Jun 2019, 7.30 pagi hingga 2.00 petang, D' Persada Gemilang Pada hari ini telah berlangsung acara di atas dengan penuh gilang-gemilang. Percaya atau tidak ini merupakan kali ketiga SMK Panchor telah menjadi tuan rumah untuk program pendidikan khas peringkat negeri pada tahun ini? Terima kasih kerana terus memilih SMK Panchor sebagai tuan rumah :) Senarai acara yang dipertandingkan. Maklumat penyertaan kontijen setiap daerah. Tentatif program. Rakaman sekitar berlangsungnya pertandingan pada hari ini.