Posts

Showing posts from June, 2020

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru, Pertandingan Membuat Kad Hari Raya Aidilfitri & Penyerahan Modul Pembelajaran Di Rumah

Image
11.30 pagi, Isnin, 29 Jun 2020, Pondok Menunggu SMK Panchor Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru, Pertandingan Membuat Kad Hari Raya Aidilfitri & Penyerahan Modul Pembelajaran Di Rumah untuk murid-murid KPKP SMK Panchor. Hadiah-hadiah dan modul-modul telah disampaikan oleh Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor serta Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Panchor. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa serta penjaga yang telah sudi datang meluangkan masa untuk menerima hadiah-hadiah serta modul-modul pembelajaran pada pagi ini bagi pihak anak-anak mereka. Semoga majlis ini akan membakar semangat anak-anak untuk belajar dengan lebih bersemangat di waktu yang amat mencabar ini. Saksikan rakaman yang sempat dibuat semasa majlis ini berlangsung.

Panduan Pengisian Perekodan Respons PdPR SMK Panchor

Image
Tarikh Posting: 27 Jun 2020 Tarikh Kemaskini: 25 Oktober 2020  Semua perkataan atau imej yang mengandungi singkatan PdPc di dalam panduan ini hendaklah dibaca sebagai PdPR selaras dengan MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH 2020 yang telah diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia   Perekodan Respons PdPR SMK Panchor ini bertujuan merekodkan maklumat bilangan murid yang memberikan respons terhadap PdPR yang dilakukan oleh guru-guru mereka. Sebagai contoh, Cikgu Markonah binti Abdullah ingin mengisi maklumat respons terhadap PdPR yang dilaksanakan oleh beliau terhadap murid-murid kelas Permata Cemerlang . Beliau mem beri kan tugasan kepada 24 Jun 2020 . Mata pelajaran yang diajar beliau terhadap kelas berkenaan ialah Bahasa Melayu . Kaedah PdPR yang beliau jalankan terhadap kelas tersebut ialah bahan cetakan , Google Classroom dan SMS . Kaedah pentaksiran / penilaian PdPR pula dijalankan secara kerja kumpulan , kuiz dalam talian dan tugasan . Cikgu Markon

Tahniah Kepada Cikgu Poon

Image
Tarikh: 12 Jun 2020 (Jumaat) Masa: 4.00 petang Tempat: Balai Gadang, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Tahniah diucapkan kepada Encik Poon Thin Fook yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Negeri Sembilan. Beliau telah menerima cenderamata berupa sebuah plak dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Berikut dikongsikan sedikit rakaman foto semasa majlis berkenaan berlangsung.