Posts

Showing posts from September, 2022

Program 3 Penjuru

Image
1.30 petang, Rabu, 28 September 2022, Kelas masing-masing Terima kasih kepada para penjaga yang sudi meluangkan masa yang amat berharga demi membincangkan perihal prestasi akademik dan bukan akademik anak-anak pada hari ini. Terima kasih juga di atas input-input postif yang diberi kepada pihak kami. Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh Puan Nurul Insyirah.

Terapi Boling Bulan September

Image
10.00 pagi, Selasa, 27 September 2022, U-Bowl AEON Seremban 2. Jika berpeluang membawa anak-anak kita menikmati hidangan di McDonald's apa kata bimbing mereka mengasah kemahiran menggunakan kiosk yang terdapat di situ. Tetapkan bajet berapa ringgit yang boleh mereka belanjakan. Bimbing mereka untuk menekan dan mengambil nombor menunggu pesanan kemudian beri mereka wang untuk mereka pergi sendiri ke kaunter bayaran. Setelah melakukan bayaran, bimbing mereka untuk membasuh tangan dan kemudian duduk di meja yang mereka ingini sambil menunggu pesanan dihantar. Ini merupakan salah satu kemahiran sampingan yang saya dan guru-guru lain cuba terapkan semasa terapi boling bulanan. Saksikan rakaman yang kami sempat buat hari ini. Saya bangga dengan Sufi yang tak lupa untuk membeli satu coklat Kit Kat untuk abangnya. Memang dia yang beli sendiri tanpa suruhan saya atau orang lain :) Saya ingin berkongsi pesanan abang driver bas hari ini iaitu para penumpang tidak boleh membawa naik ke atas ba

Program Jom Sama-Sama Sihat SMK Panchor

Image
7.30 pagi, Selasa, 27 September 2022, Dewan D'Persada Gemilang Program senamrobik di atas pada awalnya dirancang untuk dilaksana di Dataran Perhimpunan SMK Panchor. Walaubagaimanapun atas faktor dataran tersebut masih basah kerana hujan pada malam sebelumnya, program ini telah dilaksanakan di Dewan D'Persada Gemilang.  Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

KURSUS MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL

Image
 2.00 petang hingga 6.00 petang, Isnin, 26 September 2022, Bilik Komputer SMK Panchor Tiga orang pelajar KPKP SMK Panchor telah terpilih untuk menghadiri kursus di atas yang dijangka berlangsung selama tiga hari yang bermula pada petang ini. Tiga pelajar bertuah tersebut ialah Ahmad Razeq Danial bin Azmi, Muhammad Aiman Danial bin Dinorshuhaidi dan Sofia Balqis binti Tengku Shahry. Saksikan rakaman mereka mengikuti kursus yang dilaksana melalui platform Zoom. Rakaman Aktiviti Hari Kedua, Rabu, 27 September 2022 Rakaman Aktiviti Hari Ketiga, Khamis, 29 September 2022