Tahniah Kepada Para Pemenang Pertandingan Penyertaan PDPR

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Penyertaan PDPR KPKP SMK Panchor yang telah tamat penilaiannya kelmarin. Kepada yang tidak berjaya cuba lagi di masa akan datang. Errr, tak ada dah rasanya pertandingan ni di masa akan datang kerana kita semua dah boleh belajar secara bersemuka mulai Isnin, 4 Oktober depan. Tatapi semula senarai para pemenang dan juga hadiah delivery pizza dan sabun basuh kain yang dihantar petang tadi. Yang belum terima hadiah hari ini, Insya Allah akan terima esok. Bersabar ya.

Jangan lupa basuh kasut sekolah, kemas beg sekolah, seterika uniform sekolah (bagi yang pandai menggunakan seterika), asah pensel, asah pensel warna dan pastikan alat tulis seperti gam, gunting dan pembaris dibawa bersama minggu depan. Dan jangan lupa masukkan modul-modul pdpr yang telah siap dibuat ke dalam beg sekolah.

Ingat pesanan Cikgu Hasmah, kalau tak sihat jangan datang ke sekolah. Kalau diuji positif Covid 19 di sekolah alamatnya tutuplah sekolah kita beberapa hari kalau tak pun seminggu.

Doakan yang terbaik. Mudah-mudahan Tuhan melindungi kita semua.












Tahniah juga kepada Nur Hazirah dan Sofia Balqis yang memenangi Kuiz Usrah Sumur 2021.


Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga