Posts

Showing posts from September, 2021

Taklimat Pembukaan Sekolah KPKP SMK Panchor

Image
9.00 malam - 10.00 malam, Rabu, 29 September 2021 Pada malam ini telah diadakan Taklimat Pembukaan Sekolah KPKP SMK Panchor bersama-sama dengan para penjaga para pelajar KPKP SMK Panchor secara dalam talian Google Meet di pautan https://meet.google.com/vsq-oqdp-ytv . Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan persediaan untuk pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober nanti. Di samping itu beliau juga telah menerangkan perihal pelaksanaan penginklusifan separa untuk semua murid KPKP SMK Panchor dan perihal Mesyuarat Agung PIBG SMK Panchor yang bakal diadakan pada Sabtu, 9 Oktober 2021 secara dalam talian Google Meet. Dikongsikan rakaman yang sempat dibuat semasa taklimat tadi. Puan Hasmah sedang menyampaikan taklimat. Terima kasih di atas kehadiran semua para penjaga di dalam taklimat pada malam  ini.

Sekitar Persediaan Pembukaan Sekolah & Mesyuarat Pengurusan KPKP SMK Panchor 3/2021

Image
8.00 pagi - 11.30 pagi, Rabu, 29 September 2021, Blok KPKP SMK Panchor

Sekitar Program Vaksinisasi COVID 19 Pelajar KPKP SMK Panchor

Image
8.00 pagi, Jumaat, 24 September 2021, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi Dikongsikan rakaman yang sempat dibuat semasa Program Vaksinisasi COVID 19 Pelajar KPKP SMK Panchor pada pagi tadi. Maafkan cikgu sekiranya tiada gambar kamu di sini. Jangan lupa, ini baru dos yang pertama. Dalam masa tiga minggu kena ambil dos yang kedua pula ya :) Setkan reminder dalam HP tarikh 15.10.2021 (Jumaat). 

Rakaman Sekitar Pandu Lalu Penyerahan Hadiah Minggu Kebangsaan KPKP SMK Panchor Dan Modul PDPR

Image
Sabtu, 18 September 2021, 9.30 pagi hingga 11.00 pagi, Pondok Menunggu Bas SMK Panchor. Ini bukan borong menang banyak acara tetapi hadiah-hadiah untuk para penghuni Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah yang berjumlah 14 orang. Lain kali pakai helmet. Maafkan Cikgu jika ada gambar yang tertinggal. Tahniah kepada yang berjaya mendapat banyak hadiah. Yang kurang dapat hadiah tunggu nanti akan ada pertandingan-pertandingan lain semasa Minggu Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor tak berapa lama lagi dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik.