Posts

Showing posts from August, 2018

Sawi Segar Dari Kebun PPKI SMK Panchor dan Kentang Goreng Dari Dapur PPKI SMK Panchor

Image
Tarikh: 9 Ogos 2018 (Khamis) Masa: Waktu Subjek Asas Perkebunan Tempat: Kebun PPKI SMK Panchor Tatapi rakaman proses penuaian sawi yang ditanam oleh warga PPKI SMK Panchor. Pada masa yang sama, di dapur PPKI SMK Panchor pula Cikgu Poon dan pelajar kelas Permata Arif sedang menggoreng kentang untuk aktiviti masakan.

Latihan Memasang Khemah

Image
Tarikh: 8 Ogos 2018 (Rabu) Masa: 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat: Laman PVMA SMK Panchor Pada waktu perjumpaan Pengakap PPKI SMK Panchor pada hari ini telah diadakan latihan memasang khemah dan menyimpan kembali khemah. Ini merupakan latihan untuk program perkhemahan sebenar yang akan dijalankan pada bulan September nanti. Saksikan rakaman foto yang sempat dibuat.

Latihan Memasak Ikan Patin Masak Tempoyak

Image
Tarikh: 8 Ogos 2018 (Rabu) Masa: 10.00 pagi Tempat: Dapur PPKI SMK Panchor Danish dan Zulfan Iman telah dipilih oleh pihak kami untuk menyertai Pertandingan Memasak Ikan Patin Masak Tempoyak bersempena Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban yang akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Saksikan rakaman foto oleh Cikgu Wani.

1 Murid 1 Sukan: Permainan Petanque

Image
Tarikh: 8 Ogos 2018 (Rabu) Masa: 8.00 pagi hingga 9.30 pagi Tempat: Gelanggang Petanque SMK Panchor Pada pagi ini para pelajar telah dilatih memainkan permainan petanque dengan kaedah yang betul. Masih ramai yang kekok untuk balingan boule dengan betul tetapi makin lama makin mahir melakukannya. Saksikan rakaman foto yang sempat dibuat oleh Cikgu Poon dan saya.

Membuat Roti Pizza

Image
Tarikh: 7 Ogos 2018 (Selasa) Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari Tempat: Bilik Masakan PPKI SMK Panchor Pada hari ini Cikgu Poon dan para pelajar Permata Arif telah menyediakan pastri roti pizza. Tatapan rakaman yang telah dilakukan oleh Cikgu Poon.

Pemeriksaan Gigi Ke Atas Pelajar PPKI SMK Panchor

Image
Tarikh: 7 Ogos 2018 (Selasa) Masa: 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari Tempat: Bilik Kesihatan SMK Panchor Pada hari ini para pelajar PPKI SMK Panchor telah menjalani pemeriksaan gigi. Pemeriksaan gigi ini telah dilakukan oleh doktor pergigian daripada Klinik Pergigian Ampangan. Saksikan rakaman foto yang sempat dibuat oleh Puan Nurul Insyirah.