Muhammad Aiman Danial Menimba Pengalaman Berharga
Jumaat, 8 Oktober 2021
Muhammad Aiman Danial bin Dinorshuhaidi telah mewakili KPKP SMK Panchor menyertai pemilihan wakil daerah Seremban dalam Pertandingan E-Catur. Bertanding dalam kategori Bermasalah Pembelajaran Menengah, Aiman telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan tersebut. Walaupun gagal mewakili daerah Seremban untuk ke peringkat negeri, pengalaman yang ditimba pada pagi ini akan menjadi pengajaran untuk melakukan yang lebih baik di masa akan datang.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh Cikgu Poon.
Comments
Post a Comment