Posts

Showing posts from January, 2020

Penataran Rancangan Pendidikan Individu Tahun 2020

Image
2.30 petang - 4.30 petang, Rabu, 29 Januari 2020, Bilik Media KPKP SMK Panchor. Pada hari ini telah diadakan Penataran Rancangan Pendidikan Individu untuk guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid KPKP SMK Panchor. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hajah Sahidah binti Mohamed Makhbul, Jurulatih Utama RPI Daerah Seremban. Semoga ilmu yang telah disampaikan akan membantu dalam pelaksanaan RPI yang mantap untuk tahun 2020. Para penjaga murid-murid KPKP SMK Panchor akan dipanggil untuk menghadiri sidang pertama RPI dalam masa terdekat. Semoga para penjaga dapat memperuntukkan sedikit masa anda yang berharga untuk menghadiri persidangan tersebut bagi membantu pihak kami menyediakan RPI yang berkesan untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Tiada Rezeki Dalam Proses Pemilihan Peserta Merentas Desa Daerah Seremban & Perjumpaan Kelab Kemahiran KPKP SMK Panchor

Image
8.00 pagi, Rabu, 22 Januari 2020, S2 Park Pada hari ini dua orang murid KPKP SMK Panchor telah mengikuti proses pemilihan peserta Daerah Seremban iaitu Muhammad Syawal bin Asri dan Muhammad Khalid Al Walid bin Mohd Yusoff. Walaubagaimanapun, mereka berdua gagal menyinar dalam pemilihan pada kali ini. Cuba lagi di masa akan datang. 7.30 pagi, Rabu, 22 Januari 2020, Bilik Masakan & Bilik PSS KPKP SMK Panchor Pada hari ini murid-murid KPKP SMK Panchor telah mengikuti aktiviti Kelab Kemahiran KPKP SMK Panchor. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama memasak nasi goreng manakala kumpulan yang kedua merekacipta penanda buku. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Perjumpaan 1 Murid 1 Sukan Permainan Petanque & Penyampaian Ang Pau dan Limau oleh Cikgu Poon

Image
7.30 pagi, Selasa, 21 Januari 2020, Gelanggang Petanque SMK Panchor Pada pagi ini telah diadakan perjumpaan 1 Murid 1 Sukan Permainan Petanque KPKP SMK Panchor. Dalam perjumpaan pada pagi ini, ahli-ahli telah didedahkan kepada peralatan dan gelanggang permainan petanque. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Begini cara membuat undian memulakan perlawanan. Perlawanan single sedang berlangsung. Sebelum para pelajar pulang pada pukul 1.30 petang, salah seorang guru kami iaitu Encik Poon Thin Fook telah bermurah hati menyampaikan sumbangan ang pau serta buah limau kepada semua pelajar KPKP SMK Panchor. Kepada Cikgu Poon, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat menyambut Tahun Baru Cina. Untuk makluman para penjaga, SMK Panchor akan mula bercuti mulai hari Khamis 23 Januari 2020. Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa 28 Januari 2020. Selamat bercuti kepada semua. 

Perjumpaan Pengakap KPKP SMK Panchor 1/2020

Image
1.00 petang, Rabu, 15 Januari 2020, Bilik PSS KPKP SMK Panchor. Pada petang ini telah diadakan perjumpaan Pengakap KPKP SMK Panchor buat kali pertama bagi tahun 2020. Aktiviti pada petang ini ialah pembahagian ahli kumpulan dan menyiapkan kulit buku log. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Mencabut nombor untuk menentukan kemasukkan ke kumpulan-kumpulan kecil. Mewarna kulit buku log. Tahun ni bertemakan ikan. Jawatankuasa Pengakap KPKP SMK tahun 2020.