Posts

Showing posts from June, 2022

Pemeriksaan Gigi

Image
9.00 pagi, Jumaat, 1 Julai 2022, Bilik Kesihatan SMK Panchor. Pada pagi ini para pelajar KPKP SMK Panchor telah menjalani pemeriksaan gigi yang dilakukan oleh pihak Klinik Pergigian Ampangan. Dikongsikan sedikit rakaman yang telah dibuat pada pagi ini.

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2022

Image
7.30 pagi - 12.30 tengah hari, Khamis, 30 Jun 2022, SMK Pasir Panjang, Port Dickson Tahniah diucapkan kepada Eswaran a/l Elangovan dan Sofia Balqis binti Tengku Shahry yang masing-masing berjaya mendapat tempat ketiga kategori lelaki bawah 15 dan tempat kelima kategori perempuan bawah 15 dalam kejohanan di atas. Sayang sedikit Eswaran tidak mendapat pertama atau kedua kerana hanya pemenang yang mendapat kedudukan tersebut yang akan terpilih secara automatik mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan peringkat kebangsaan di Terengganu. Saksikan rakaman yang sempat saya buat. Tak banyak yang dikongsikan di sini kerana telah banyak video dan gambar telah dikongsikan di group Whatsapp Waris.

Agoonoree Pengakap Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran SMK Panchor

Image
7.30 pagi hingga 2.30 petang, Rabu, 29 Jun 2022, Padang SMK Panchor Pada hari ini telah diadakan program di atas secara sederhana tanpa bermalam seperti yang kita pernah adakan beberapa tahun dahulu. Agoonoree pada kali ini telah dirasmikan Yang Berusaha Dr Mohd Fadzil bin Jamil, Pengetua SMK Panchor. Antara pengisian program pada hari ini ialah pendedahan kepada pertolongan cemas, pendedahan kepada jenis-jenis ikatan, kawad senyap dan memasak telur dan sardin menggunakan sumber bahan api daripada kayu. Terima kasih diucapkan kepada para penjaga yang telah menyumbangkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Azwan yang sudi datang berkongsi ilmu beliau dalam bidang kepengakapan walaupun telah kembali bertugas di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sejak minggu lalu. Semoga program ini akan terus diadakan lagi di masa akan datang. Saya tidak bercadang untuk berkongsi terlalu banyak video atau gambar di dalam entri pada kali ini kerana semuanya tel

Latihan Memasang Khemah

Image
10.00 pagi, Khamis, 23 Jun 2022, Padang SMK Panchor Pada pagi ini telah diadakan satu latihan memasang khemah sebagai persediaan untuk Peerkhemahan Badan Beruniform Pengakap PPKI SMK Panchor pada minggu hadapan. Saksikan kegigihan anak-anak kita untuk memasang khemah mereka secara berkumpulan.