Posts

Showing posts from July, 2022

Mari Saksikan Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban 2022

Image
Mengimbau kenangan penyertaan kontinjen KPKP SMK Panchor pada tahun 2020 yang lalu ( entri blog 1 & entri blog 2 ) yang pada ketika itu hanya bertaraf 'Pemilihan' dan bukannya 'Kejohanan', kontinjen KPKP SMK Panchor kali ini meletakkan sasaran yang lebih tinggi iaitu memperolehi pingat tanpa mengira warnanya untuk kesemua enam belas (16) acara yang bakal disertai pada 1 hingga 2 Ogos minggu depan. Sasaran memperolehi pingat tanpa warna untuk kesemua acara yang disertai boleh dicapai berdasarkan beberapa faktor: Pertama sekali, SMK Panchor telah terpilih sebagai tuan rumah dan pertandingan akan diadakan di padang keramatnya sendiri di mana semua wakil KPKP SMK Panchor telah mengenali setiap inci padang ini.  Faktor kedua, tidak seperti program 'Pemilihan', program 'Kejohanan' menawarkan pingat emas, perak, gangsa dan sijil penyertaan sebagai kenang-kenangan serta mempunyai nilai untuk PAJSK serta permohonan ke sekolah khas / kolej komuniti. Ini akan m

Ceramah Kesedaran Thalassemia Dan HIV

Image
7.30 pagi, Jumaat, 29 Julai 2022, Dewan D'Persada Gemilang Pada pagi ini para pelajar KPKP SMK Panchor, pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 5 telah mengikuti ceramah di atas yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai perubatan daripada Unit Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Ampangan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Doktor yang datang turut berkongsikan info berkaitan bahaya vape walaupun topik ceramah hari ini adalah berkisar tentang thalassemia dan HIV. Kasihan, mata mengalami kecederaan sehingga buta apabila 'port' yang sedang asyik dihisap meletup.

Lawatan Ke PSS, Pendedahan Kepada NILAM, Pertandingan Teka Berat Buku, Bercerita, Membaca Berita Dan Mengenal Haiwan Bersempena Minggu PSS KPKP SMK Panchor

Image
10.00 pagi - 1.30 petang, Khamis, 28 Julai 2022 Program pada hari ini diteruskan lagi dengan pertandingan-pertandingan di atas. Pertandingan Bercerita untuk pelajar-pelajar kelas Permata Arif dan Permata Barakah. Pertandingan Bercerita untuk pelajar-pelajar kelas Permata Cemerlang dan Permata Daei. Pertandingan Mengenal Haiwan untuk pelajar-pelajar Permata Ehsan dan Permata Falah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.