Posts

Showing posts from April, 2022

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri SMK Panchor Tahun 2022

Image
8.00 pagi, Jumaat, 29 April 2022, Dewan Terbuka Pada hari ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri SMK Panchor Tahun 2022. Di dalam majlis ini beberapa pelajar KPKP SMK Panchor yang kurang bernasib baik telah disantuni oleh pihak sekolah dengan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri.  Moga-moga sumbangan daripada pelbagai pihak ini dapat menceriakan para pelajar menjelang lebaran yang bakal menjelang. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Majlis khatam Al-Quran sedang berlangsung. Dr Fadzil bin Jamil sedang menyampaikan ucapan. Persembahan nasyid.

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri KPKP SMK Panchor

Image
1.00 petang, Khamis, 28 April 2022, Dewan Terbuka Pada hari ini para pelajar KPKP telah diraikan dalam satu majlis ringkas di mana mereka telah menerima sedikit sumbangan duit raya daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid serta sebalang kuih samperit yang merupakan hasil air tangan para pelajar kelas Permata Arif. Terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Mohd Fadzil bin Jamil, Pengetua SMK Panchor yang sudi meluang sedikit masa untuk menyampaikan sumbangan berkenaan. Puan Hasmah binti Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Dr Mohd Fadzil bin Jamil. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa Muhammad Aiman Danial bin Dinorshuhaidi di atas sumbangan duit raya buat rakan-rakan sekelasnya (Permata Arif). Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa Ahmad Razeq Danial bin Azmi dan Sharah Afya binti Sazali di atas sumbangan duit raya buat rakan-rakan mereka. Sumbangan telah disampaikan pada pagi Jumaat, 29 April 2022.

Mesyuarat Agung Kelab Kemahiran KPKP SMK Panchor

Image
7.30 pagi, Rabu, 27 April 2022 Pada pagi ini telah diadakan Mesyuarat Agung Kelab Kemahiran KPKP SMK Panchor. Agenda utama di dalam mesyuarat ini ialah pemilihan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi di kalangan para pelajar. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Bila dah kalut, pakai selipar yang berlainan pun dah tak perasan. Tahniah kepada yang telah terpilih.