Posts

Showing posts from February, 2019

Terapi Boling 1/2019

Image
Rabu, 27 Februari 2019, 10.00 pagi - 1.30 petang, Pusat Permainan Boling AEON Seremban 2. Pada hari ini telah diadakan aktiviti terapi boling buat kali pertama untuk tahun 2019. Saksikan rakaman sempat dilakukan oleh saya. Beratur untuk memilih kasut. Memilih bola dengan berat yang bersesuaian. Membuat balingan. Cikgu Poon sedang membimbing pelajar melakukan balingan. Ahmad dengan jatuhan pin tertinggi sebanyak 112. Menikmati Happy Meal di Mc Donalds. Membaca doa makan. Makan dengan berselera.

Selamat Maju Jaya Kepada Razzaq

Image
Jumaat, 22 Februari 2019, 11.00 pagi, Bilik PSS PPKI SMK Panchor Setelah jamuan perpisahan pada tempoh hari, pada hari ini salah seorang pelajar PPKI SMK Panchor juga akan meninggalkan kami. Beliau ialah WAN MUHAMMAD RAZZAQ BIN WAN HAIRU ANUAR daripada kelas Permata Cemerlang. Beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Kolej Komuniti Jelebu dalam Kursus Penyediaan Makanan. Terima kasih kepada Razzaq dan keluarga di atas jamuan yang mereka adakan pada pagi ini. Selamat maju jaya kepada anda Razzaq. Razzaq sedang membantu mengatur makanan. Antara lauk pauk yang dihidangkan. Teringat pula kepada mufin yang dibuat di kolej tempoh hari. Razzaq menyampaikan ucapan perpisahan. Aniq mewakili rakan-rakan menyampaikan cenderahati kepada Razzaq. Beratur untuk mengambil makanan. Sedia untuk makan. Razzaq turut membantu mengedarkan mufin kepada rakan-rakan. Selamat berjaya!

Jamuan Perpisahan Pelajar PPKI SMK Panchor

Image
Selasa, 19 Februari 2019, 12.00 tengah hari, Bilik PSS PPKI SMK Panchor Dengan berat hati, pada hari ini kami mengucapkan selamat berpisah dan selamat maju jaya kepada empat orang pelajar PPKI SMK Panchor yang akan berpindah ke tempat lain mulai 20 Februari 2019. Chong Xin Chi, Muhamad Mahathir bin Abdullah, Sang Huey Lian dan Muhammad Danial bin Shamsudin yang merupakan penghuni Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah akan berpindah ke institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain kerana mereka telah pun mencapai had umur maksimum penghuni di institusi tersebut iaitu 14 tahun. Tatapi rakaman yang sempat dibuat pada hari ini. Cikgu Farah mengacarakan majlis. Haji Raduan sedang membacakan doa pembuka majlis. Amin.   Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor sedang menyampaikan ucapan. Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor sedang menyampaikan ucapan. Dari kiri: Xin Chi, Lian dan Mahathir sedang menyampa

Kejohanan Balapan & Padang SMK Panchor 2019

Image
Ahad, 17 Februari 2019, 7.30 pagi - 1.00 petang, Padang SMK Panchor. Setelah berminggu-minggu berlatih, bersukantara, beraptai, beracara sebelum sukan maka akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu hari kejohanan. Syukur kepada Tuhan kerana hujan telah turun pada malam sebelumnya dan kejohanan pada pagi ini telah berlangsung dalam suasana yang lebih dingin berbanding pada hari-hari sebelumnya. Tatapi rakaman yang sempat diambil sepanjang pagi ini. Sudah siap dalam barisan. Razzaq (kiri) dan Aniq berbincang sesuatu. Menunggu perbarisan bermula. Peace cikgu! Perbarisan pun bermula. Melalui depan khemah rumah-rumah sukan. Melalui hadapan pentas penerima hadiah. Memberi tabik hormat kepada tetamu kehormat. Masih lagi berkawad. Cuaca agak redup. Nyanyian lagu Negaraku. Bacaan ikrar kejohanan. Pelajar PPKI turut membaca ikrar. Ucapan perasmian oleh tetamu kehormat. Acara pertama pada pagi ini, 4 X 50 mete