Posts

Showing posts from September, 2019

Tahniah kepada Khalid dan Karthikeyan

Image
Sabtu, 28 September 2019, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah Tahniah kepada Khalid dan Karthikeyan serta guru pengiring mereka Encik Poon Thin Fook yang telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Rekacipta Inovasi Sains 'Solar Boat' Program Integrasi Pendidikan Khas Minggu Inovasi Kerajaan Negeri Peringkat Negeri Sembilan 2019. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Suhila Suhood, Penolong Pengarah Unit Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.  Penyampaian semula hadiah di sekolah untuk disaksikan oleh rakan-rakan.

Hari Kedua Agoonoree KPKP SMK Panchor

Image
Khamis, 19 September 2019, SMK Panchor Agoonoree diteruskan lagi pada hari ini dengan aktiviti menyimpan khemah, sarapan pagi, Kuiz Pengetahuan Asas Pengakap dan majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun. Tatapi rakaman yang sempat dibuat. T-shirt rasmi untuk dipakai pada pagi ini. Cikgu Poon dan guru-guru mengawasi para pelajar menyimpan khemah. Lipat lepat. Tahun depan kita semua pergi berkhemah di Kem Pengakap Pengkalan Balak Masjid Tanah, Melaka atau Kem Pengakap Bagan Lalang, Selangor pula :) AJK Makanan. Pagi ni sarapan nasi goreng. Taklimat pagi @ sesi lost and found spender tora, stokin, baju pengakap, ubat gigi. Membungkus sandwich untuk minum pukul 10 pula. Tuan Haji Raduan menyampaikan tazkirah dan taklimat disiplin. Makanan mewah, bertambah-tambah :) Membuang lebihan kayu api pertandingan memasak semalam. Kuiz sedang berlangsung. Menu makan tengah hari

Hari Pertama Agoonoree Pengakap KPKP SMK Panchor

Image
Rabu, 18 September 2019, Padang SMK Panchor Pada tahun ini KPKP SMK Panchor telah mengadakan Agoonoree (Perkhemahan) Pengakap setelah sekian lama tidak mengadakannya. Tatapi rakaman aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan. 1. Memasang khemah, taklimat kumpulan dan sarapan pagi 2. Taklimat pertandingan panji dan sorak 3. Perasmian Agoonoree oleh Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor. 4. Pertandingan Memasak Telur Dadar Dan Sardin Menggunakan Kayu Api 5. Solat Zohor berjemaah 6. Sukaneka 7. Barbeku, solat Maghrib berjemaah, tazkirah oleh Ustaz Mohd A'lim, solat Isyak berjemaah dan makan malam