Posts

Showing posts from November, 2018

Kunjungan Muhibah Ke Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah

Image
21 Oktober 2018 (Rabu), 2.00 petang, Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah Guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMK Panchor diketuai oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Panchor telah berkesempatan pada petang ini untuk melakukan kunjungan muhibah ke Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah. Untuk pengetahuan semua kunjungan muhibah ini dilakukan bagi melawat beberapa penghuni di situ yang juga merupakan murid di PPKI SMK Panchor. Antara pengisian program tersebut ialah taklimat oleh Encik Rosman, Timbalan Pengetua Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah, pertukaran buah fikiran di antara guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMK Panchor dan pihak pentadbir Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah serta sesi minum petang bersama penghuni Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah yang merupakan murid di PPKI SMK Panchor. Bagi menghormati permintaan pihak pentadbir Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Panchor

Image
7.30 pagi hingga 10.00 pagi, 16 November 2018 (Jumaat), Dewan Terbuka SMK Panchor

Peperiksaan Akhir Tahun 2018

Image
8 hingga 9 November 2018 (Khamis hingga Jumaat), Waktu persekolahan, Kelas-kelas PPKI SMK Panchor Para pelajar Kelas Permata Cemerlang sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Zulaikha (kiri) dan Nurdini sedang menduduki kertas Bahasa Inggeris. Secara rasminya merupakan kertas terakhir yang mereka duduki sebagai pelajar PPKI SMK Panchor kerana ini merupakan tahun terakhir persekolahan mereka.

Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Seremban 2018

Image
8.00 pagi - 3.30 petang, 1 November 2018, Kompleks Belia & Sukan, Paroi Pada hari ini, PPKI SMK Panchor telah menghantar wakil dalam acara futsal lelaki, petanque beregu lelaki dan petanque beregu perempuan. Karnival ini lazimnya dilaksanakan pada awal tahun tetapi di atas sebab-sebab yang tidak diketahui, ianya diadakan agak lewat pada tahun ini. Buat pasukan futsal lelaki yang diwakili oleh: 1. MUHAMMAD AMIEN MOHD AMRAN 2. MUHAMMAD ANIQ BIN SUHAIMI 3. MUHAMMAD FARHAN BIN KAMARULZAMAN 4. MUHAMMAD ZULFAN IMAN BIN MOHD ZAINUDIN 5. HARRIS HAFIZ RAHIM 6. PRABHJIT SINGH A/L JAGDAVE SINGH tiada rezeki buat mereka pada tahun ini apabila kalah dalam semua kelima-lima perlawanan di peringkat kumpulan. Tetapi mereka telah kalah bermaruah dan lebih penting lagi menimba pengalaman yang sangat berharga (ayat nak memujuk hati, kalau Harimau Malaya kalah pun selalu memang ayatnya macam tu jugakan?). Petanque beregu perempuan yang diwakil oleh NUR AIN KHAIREENA BINTI OMAR dan CHONG XI CH