Posts

Pertandingan Eksplorasi "Menjejak Emas" Bersempena Minggu PSS KPKP SMK Panchor

Image
10.00 pagi - 1.00 petang, Rabu, 27 Julai 2022, Blok Permata Kasih Setelah berpanas dan berpeluh-peluh berlatih untuk pemilihan balapan dan padang daerah atau mengejar bola di padang, kelenjar peluh para pelajar diaktifkan lagi dengan pertandingan eksplorasi. Bagi yang tak pakai pewangi ketiak dan bedak atau minyak wangi sebelum datang sekolah, saya sebagai cikgu yang menjaga salah satu stesen di bawah hanya mampu memakai pelitup muka. Ha ha ha! Berikut ialah senarai stesen untuk pertandingan eksplorasi pada hari ini. Untuk makluman semua, pertandingan dilaksanakan secara berkumpulan dengan ahli berjumlah 5 hingga 6 orang untuk setiap kumpulan. Selamat berpindah ke institusi yang baru kepada Arif Faiz.

Latihan Persediaan Pemilihan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban 2022

Image
7.30 pagi - 9.30 pagi, Rabu, 27 Julai 2022, Padang SMK Panchor Pada pagi ini beberapa pelajar yang telah terpilih untuk mewakili sekolah ke program di atas telah menjalani di padang sekolah seperti larian, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing dan lompat jauh. Selain itu, bagi yang tak terpilih pula telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pelajar-pelajar kelas tingakatan 3 Cekal. Terima kasih kepada Cikgu Normali yang sudi membenarkan pelajar-pelajar di bawah pengawasannya untuk menentang pelajar kami hari ini. Walaupun bilangan pemain KPKP lebih ramai daripada bilangan pemain 3 Cekal (11 lawan 7 @ 8 pelajar) namun itu bukanlah jaminan untuk mencapai kemenangan. Team kita kalah 5-7.  Cikgu Hasmah yang menyaksikan perlawanan pada pagi ini bercadang untuk mengutip dana bagi mengadakan perlawanan yang lebih proper di masa akan datang. Antara yang akan cuba diusahakan ialah mencari dana untuk membeli jersi, kasut bola, stoking, minuman tenaga untuk para p...

Terapi Boling AEON Seremban 2

Image
9.00 pagi - 1.00 tengah hari, Selasa, 26 Julai 2022. Setelah hampir tiga tahun MBPK KPKP SMK Panchor tidak mengalami aktiviti terapi boling maka setelah mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, dapat mereka mengalaminya semula pada hari ini. Saya tak bercadang nak masukkan banyak-banyak gambar di dalam entri ini kerana kita semua maklum banyak gambar dan video telah pun dihantar di dalam Group Whatsapp Waris semalam.

Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah KPKP SMK Panchor

Image
10.00 pagi, Isnin, 25 Julai 2022, Kelas Permata Ehsan Bertemakan 'Ilmu Suluh Hidup', majlis di atas telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan (GPK) Pendidikan Khas SMK Panchor. Untuk pengetahuan para pembaca, jawatan GPK Pendidikan Khas ini tidak terhad kebertanggungjawabannya terhadap KPKP SMK Panchor sahaja tetapi turut bertanggungjawab terhadap kesemua murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di SMK Panchor iaitu termasuk yang belajar secara inklusif penuh di aliran perdana. Salah satu tugasan penting tahunan ialah apabila MBPK di aliran perdana terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, guru-guru di KPKP SMK Panchor turut menggalas tugas sebagai pengawas peperiksaan mereka. Lazimnya mereka (calon SPM MBPK) akan menduduki peperiksaan di dalam bilik sistem siar raya di Dewan D'Persada Gemilang. Kembali kepada pelancaran program pada pagi ini, ia telah dilaksanakan dalam suasana serba sederhana tetapi meriah. Setelah t...