Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah KPKP SMK Panchor

10.00 pagi, Isnin, 25 Julai 2022, Kelas Permata Ehsan

Bertemakan 'Ilmu Suluh Hidup', majlis di atas telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan (GPK) Pendidikan Khas SMK Panchor. Untuk pengetahuan para pembaca, jawatan GPK Pendidikan Khas ini tidak terhad kebertanggungjawabannya terhadap KPKP SMK Panchor sahaja tetapi turut bertanggungjawab terhadap kesemua murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di SMK Panchor iaitu termasuk yang belajar secara inklusif penuh di aliran perdana.

Salah satu tugasan penting tahunan ialah apabila MBPK di aliran perdana terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, guru-guru di KPKP SMK Panchor turut menggalas tugas sebagai pengawas peperiksaan mereka. Lazimnya mereka (calon SPM MBPK) akan menduduki peperiksaan di dalam bilik sistem siar raya di Dewan D'Persada Gemilang.

Kembali kepada pelancaran program pada pagi ini, ia telah dilaksanakan dalam suasana serba sederhana tetapi meriah. Setelah tamat upacara perasmian, para pelajar telah menyertai pertandingan mencari perkataan tersembunyi, teka silang kata, ejaan bahasa Melayu dan ejaan bahasa Inggeris.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

















Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga