Latihan Persediaan Pemilihan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban 2022

7.30 pagi - 9.30 pagi, Rabu, 27 Julai 2022, Padang SMK Panchor

Pada pagi ini beberapa pelajar yang telah terpilih untuk mewakili sekolah ke program di atas telah menjalani di padang sekolah seperti larian, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing dan lompat jauh. Selain itu, bagi yang tak terpilih pula telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pelajar-pelajar kelas tingakatan 3 Cekal. Terima kasih kepada Cikgu Normali yang sudi membenarkan pelajar-pelajar di bawah pengawasannya untuk menentang pelajar kami hari ini.

Walaupun bilangan pemain KPKP lebih ramai daripada bilangan pemain 3 Cekal (11 lawan 7 @ 8 pelajar) namun itu bukanlah jaminan untuk mencapai kemenangan. Team kita kalah 5-7. 

Cikgu Hasmah yang menyaksikan perlawanan pada pagi ini bercadang untuk mengutip dana bagi mengadakan perlawanan yang lebih proper di masa akan datang. Antara yang akan cuba diusahakan ialah mencari dana untuk membeli jersi, kasut bola, stoking, minuman tenaga untuk para pemain serta kelengkapan pasukan sorak (menjadi ahli pasukan sorak pun ada markah PAJSK tau). Jadi bagi yang berkelapangan bolehlah mula berlatih di rumah.










Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga