Posts

Hari Ketiga Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor

Image
 10.00 pagi, Rabu, 23 September 2020, Surau SMK Panchor Pada pagi ini dua pertandingan telah dilaksanakan iaitu pertandingan hafazan ayat-ayat lazim dan kuiz yang dinilai secara individu.Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Hari Kedua Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor: Pertandingan Amali Solat

Image
10.00 pagi, Selasa, 22.09.2020, Surau SMK Panchor Pada hari kedua Program Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor telah diadakan suatu pertandingan amali solat khas untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam. Hasil daripada pertandingan dapat dirumuskan bahawa majoriti pelajar KPKP SMK Panchor masih lagi memerlukan bimbingan untuk mendirikan solat dengan sempurna. Diharapkan para penjaga dapat memainkan peranan bagi memastikan anak-anak kita dapat mendirikan solat dengan betul bagi menjamin kesempurnaan dalam beribadah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat pada hari ini. Tuan Haji Raduan sedang menyampaikan taklimat pertandingan. Sejadah telah dibentang. Cikgu Mohammad Azwan memastikan penjarakan fizikal dipatuhi semasa para pelajar berwudhu. Syawal sedang dinilai. Sofea sedang dinilai. Bonus bagi penjaga yang membaca blog kami hari ini. 29 September nanti permohonan secara dalam talian ke SMPKV akan dibuka. Bolehlah timbang-timbangkan sama ada nak memohon atau tidak. Sekarang ni belum ...

Hari Pertama Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor: Pertandingan Amali Wudhu

Image
 10.00 pagi, Isnin, 21.09.2020, Surau SMK Panchor Pada hari pertama Program Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor telah diadakan suatu pertandingan amali wudhu khas untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam. Hasil daripada pertandingan dapat dirumuskan bahawa majoriti pelajar KPKP SMK Panchor masih lagi memerlukan bimbingan untuk mengambil wudhu dengan sempurna. Diharapkan para penjaga dapat memainkan peranan bagi memastikan anak-anak kita dapat berwudhu dengan betul bagi menjamin kesempurnaan dalam beribadah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat pada hari ini. Tuan Haji Raduan sedangkan menyampaikan taklimat. Tuan Haji Raduan menjadi hakim untuk pertandingan kategori lelaki. Peserta perempuan menunggu giliran. Mereka dihakimi oleh Puan Noor Hawani Syafirra.  

Program Special Education Virtual Walk Negeri Sembilan 2020

Image
7.30 hingga 9.30 pagi, Khamis, 17 September 2020, SMK Panchor Pada hari ini sebilangan murid KPKP SMK Panchor telah menyertai Program Special Education Virtual Walk Negeri Sembilan 2020. Di dalam program ini murid-murid akan berjalan sejauh tiga kilometer di bawah pengawasan guru di samping mengamalkan SOP pencegahan penularan virus Covid 19. Murid-murid membawa telefon pintar masing-masing yang telah dipasang aplikasi pengukuran aktiviti berjalan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu Pengakap Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Terima kasih kepada para penjaga yang telah memberikan kerjasama demi menjagakan program in, saksikan rakaman yang sempat dibuat.      Cikgu Poon menyampaikan taklimat. Cikgu Hasmah melabelkan telefon dengan nama pemiliknya. Mereka pun bermula.

Ceramah Kesedaran Thalassemia Oleh Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Amapangan

Image
 8.30 pagi  |  Rabu  |  2 September 2020  |  Dewan Terbuka SMK Panchor Pada pagi ini empat orang murid KPKP SMK Panchor iaitu Muhammad Aniq, Muhammad Khalid Al Walid, Khairul Nadzreen dan Khairul Nadzmeer telah terpilih untuk mengikuti ceramah di atas bersama-sama dengan para pelajar aliran perdana. Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Majlis Penutup Minggu Kemerdekaan KPKP SMK Panchor

Image
 9.30 pagi  |  Selasa  |  1 September 2020  |  Dewan Terbuka SMK Panchor Pada pagi ini telah diadakan majlis penutup untuk Program Minggu Kemerdekaan KPKP SMK Panchor yang telah berlangsung sepanjang minggu lalu. Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak memenangi sebarang hadiah, cuba lagi pada tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Berikut merupakan keputusan penuh untuk pertandingan-pertandingan yang telah dilaksanakan. Semoga hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimanfaatkan sepenuhnya. Mewarna Poster Tahap 1 1. Adam Asyraff  2. Sofea Natasha  3. Anis Adilah Mewarna Poster Tahap 2 1. Aiman Danial  2. Khairul Nadzreen  3. Hanif Kuiz Merdeka Tahap 1 1. Anis Adilah  2. Syawal  3. Saihah Kuiz Merdeka Tahap 2 1. Adam Asyraff...