Program Special Education Virtual Walk Negeri Sembilan 2020
7.30 hingga 9.30 pagi, Khamis, 17 September 2020, SMK Panchor
Pada hari ini sebilangan murid KPKP SMK Panchor telah menyertai Program Special Education Virtual Walk Negeri Sembilan 2020. Di dalam program ini murid-murid akan berjalan sejauh tiga kilometer di bawah pengawasan guru di samping mengamalkan SOP pencegahan penularan virus Covid 19.
Murid-murid membawa telefon pintar masing-masing yang telah dipasang aplikasi pengukuran aktiviti berjalan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu Pengakap Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada para penjaga yang telah memberikan kerjasama demi menjagakan program in, saksikan rakaman yang sempat dibuat.
Cikgu Poon menyampaikan taklimat.
Cikgu Hasmah melabelkan telefon dengan nama pemiliknya.
Mereka pun bermula.
Comments
Post a Comment