Hari Kedua Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor: Pertandingan Amali Solat

10.00 pagi, Selasa, 22.09.2020, Surau SMK Panchor

Pada hari kedua Program Minggu Pendidikan Islam KPKP SMK Panchor telah diadakan suatu pertandingan amali solat khas untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam. Hasil daripada pertandingan dapat dirumuskan bahawa majoriti pelajar KPKP SMK Panchor masih lagi memerlukan bimbingan untuk mendirikan solat dengan sempurna.

Diharapkan para penjaga dapat memainkan peranan bagi memastikan anak-anak kita dapat mendirikan solat dengan betul bagi menjamin kesempurnaan dalam beribadah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat pada hari ini.

Tuan Haji Raduan sedang menyampaikan taklimat pertandingan.


Sejadah telah dibentang.

Cikgu Mohammad Azwan memastikan penjarakan fizikal dipatuhi semasa para pelajar berwudhu.

Syawal sedang dinilai.

Sofea sedang dinilai.

Bonus bagi penjaga yang membaca blog kami hari ini. 29 September nanti permohonan secara dalam talian ke SMPKV akan dibuka. Bolehlah timbang-timbangkan sama ada nak memohon atau tidak. Sekarang ni belum boleh mohon lagi. Segala persoalan berkaitannya kami hanya boleh jawab mulai 29 September ya, bukan sekarang.

Aisyah sedang dinilai.

Aniq sedang dinilai.

Ayuni sedang dinilai.

Besok ada pertandingan Kuiz Minggu Pendidikan Islam. Pemenang akan dipilih secara individu. Tips? Para penjaga boleh ceritakan perihal mufti-mufti di Malaysia, solat, puasa, haji, hukum hakam...


Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga