Warga PPKI SMK Panchor Bersiap Untuk Pertandingan Ko-Akademik Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2019
Isnin, 24 Jun 2019, 8.00 pagi - 9.30 pagi Warga PPKI SMK Panchor hari ini menggembleng tenaga bagi persiapan Pertandingan Ko-Akademik Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang bakal berlangsung di SMK Panchor pada Selasa, 25 Jun 2019. Selaku tuan rumah, warga PPKI SMK Panchor termasuk para pelajarnya telah bertungkus-lumus membuat persiapan seperti menyediakan dewan pertandingan dan juga bilik pertandingan. Antara pertandingan yang bakal berlangsung esok ialah pertandingan reka cipta bot solar, nyanyian solo, menghias kek, tulisan khat jawi dan mewarna batik. Tatapi rakaman yang sempat saya buat.