Tahniah Ahmad Izzuddin!

Khamis, 13 Jun 2019, 8.00 pagi hingga 3.00 petang, Ole-Ole Bowl Mydin Seremban 2

SMK Panchor telah menghantar dua orang peserta untuk menyertai Pertandingan Boling Tenpin Pendidikan Khas Daerah Seremban iaitu Ahmad Izzuddin bin Azizan untuk Kategori Lelaki Terbuka Sekolah Menengah dan Siti Noor Maryam binti Mazhar untuk Kategori Perempuan Terbuka Sekolah Menengah.

Mereka diiringi seorang guru iaitu Encik Noor Azlan bin Abd Rahman yang turut bertugas sebagai Penolong Pengerusi Teknik / AJK Statistik & Keputusan Rasmi serta seorang pembantu pengurusan murid iaitu Puan Nurul Insyirah binti Jalal.

Ahmad Izzuddin telah berjaya mendapat tempat ketiga dengan jumlah jatuhan 242 pin hanya kurang 3 pin berbanding peserta dari SMK Desa Cempaka yang menjadi johan dalam pertandingan hari ini. Untuk catatan, pada hari ini hanya dua game dimainkan berbanding tiga game pada tahun lepas.

Siti Noor Maryam kurang bernasib baik kerana hanya menduduki tempat terakhir iaitu keenam belas dengan jumlah jatuhan 81 pin. Cuba lagi di tahun hadapan.

Dengan kemenangan ini, Ahmad Izzuddin terpilih untuk menyertai pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu yang akan datang. Teruskan latihan untuk mendapat kejayaan yang lebih gemilang.

Tatapi rakaman gambar yang sempat dibuat.

Di kaunter pendaftaran peserta.

Ahmad Izzuddin bersedia untuk membuat balingan.

Ahmad Izzuddin membuat balingan.

Puan Nurul Insyirah dan Siti Noor Maryam.

Menunggu keputusan daripada marshal-marshal lane.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah bakal berlangsung.

Ahmad Izzuddin menerima hadiah daripada Encik Norulbain bin Mohamed Zid, Penyelia Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Tahniah Ahmad Izzuddin!

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga