Sambutan Hari Guru, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja Peringkat SMK Panchor 2019

Rabu, 19 Jun 2019, 1.00 petang, D'Persada Gemilang

Pada hari ini telah berlangsung majlis di atas dalam suasana yang sederhana tetapi amat meriah. Para pelajar begitu teruja untuk datang ke sekolah hari ini dan sanggup menukar uniform badan beruniform yang dipakai sejak awal pagi semasa datang ke sekolah dengan baju raya pada waktu tengah hari.

Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

Puan Insyirah sedang menyediakan cendol.

Puan Yusnita sedang mencedok ayam kurma.

Bergotong-royong membungkus nasi Arab.

Bergaya dengan baju raya.

Bergambar kenang-kenangan bersama Cikgu Mohd Hisyam bin Mustapha, Ketua Kelab Guru SMK Panchor.

Guru-guru mengambil tempat setelah diarak masuk dengan paluan kompang.

Persembahan kompang dengan nyanyian lagu-lagu medley hari raya.

Encik Rosni bin Haji Pilus, GPK Pentadbiran SMK Panchor sedang membacakan perutusan YB Menteri Pendidikan.

Pelajar mendengar dengan penuh minat.

Encik Mohd Zaid bin Abdul Rauf, Ketua Bidang Kemanusiaan sedang membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 

Wakil pelajar sedang menyampaikan ucapan.

Para pelajar duduk dengan tertib.

Tak sabar nak makan.

Persembahan nyanyian oleh para pelajar.

Gimik sketsa persembahan pelajar.

Para pelajar tingkatan 5 menyampaikan cenderahati kepada guru-guru.

Akhirnya, membaca doa makan.

Beratur untuk mengambil makanan.

Makan dengan cermat.

Para guru sedang mengambil makanan.

Moga-moga bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan.

Mengemas setelah selesai makan.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga