Posts

Demonstrasi Cup Stacking, 1M1S & Kejohanan MSSM Pendidikan Khas 2023

Image
 7.45 pagi, Selasa, 24 Oktober 2023 Balqis & Husna membuat demonstrasi cup stacking kepada para peserta pertandingan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat SMK Panchor. 1M1S: Aktiviti senamrobik dan permainan badminton Hari kedua bertugas sebagai ajk persiapan tempat dan kebersihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Walaupun tidak memenangi sebarang pingat, kami kagum dengan perjuangan Simon!

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2023

Image
Mulai hari ini Isnin, 23 Oktober 2023 sehingga 25 Oktober 2023 akan berlangsung kejohanan di atas yang mana pada tahun ini Negeri Sembilan telah terpilih menjadi tuan rumah. Simon a/l William Francis telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam acara lompat jauh dan 4 x 400 meter dalam kategori lelaki bawah 15 tahun kurang upaya pembelajaran. Dalam pada itu seramai empat  orang guru berkhidmat sebagai AJK persiapan tempat dan kebersihan dibantu oleh beberapa orang murid KPKP SMK Panchor. Encik Poon Thin Fook pula terpilih sebagai AJK statistik kejohanan kali ini,  Acara padang seperti lompat jauh, lontar peluru dan merejam lembing akan diadakan di Kolej Tunku Kurshiah manakala acara balapan seperti 100 meter, 400 meter dan 1500 meter akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Kepada yang berkelapangan bolehlah meluangkan masa untuk menyaksikan acara-acara di venue-venue berkenaan. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Penginapan semua kontinjen daripada seluruh Malays...

Terima Kasih Kepada KK Supermart Holding Sdn Bhd

Image
 2.30 petang, Jumaat, 20 Oktober 2023, KK Supermart Cawangan Taman Ampangan Pihak KPKP SMK Panchor berasa sangat berbesar hati di atas sumbangan yang diberi oleh pihak KK Supermat Holding Sdn Bhd dalam bentuk mee segera, biskut, kopi 3 dalam 1, air tin dan makanan ringan untuk program pembelajaran luar stesen ke Pulau Langkawi yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Jutaan terima kasih kepada KK Supermart Holding Sdn Bhd.  

Perjumpaan Pengakap: Masakan Rimba Mee Segera

Image
 7.30 pagi, Rabu, 18 Oktober 2023, Tempat parkir KPKP SMK Panchor