Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2023
Mulai hari ini Isnin, 23 Oktober 2023 sehingga 25 Oktober 2023 akan berlangsung kejohanan di atas yang mana pada tahun ini Negeri Sembilan telah terpilih menjadi tuan rumah. Simon a/l William Francis telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam acara lompat jauh dan 4 x 400 meter dalam kategori lelaki bawah 15 tahun kurang upaya pembelajaran.
Dalam pada itu seramai empat orang guru berkhidmat sebagai AJK persiapan tempat dan kebersihan dibantu oleh beberapa orang murid KPKP SMK Panchor. Encik Poon Thin Fook pula terpilih sebagai AJK statistik kejohanan kali ini,
Acara padang seperti lompat jauh, lontar peluru dan merejam lembing akan diadakan di Kolej Tunku Kurshiah manakala acara balapan seperti 100 meter, 400 meter dan 1500 meter akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Kepada yang berkelapangan bolehlah meluangkan masa untuk menyaksikan acara-acara di venue-venue berkenaan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.







Comments
Post a Comment