Posts

Kunjung Bantu Pemantauan Pelaksanaan PASM Tahun 2022

Image
8.00 pagi, Rabu, 16 November 2022, SMK Panchor Pada pagi ini PPKI SMK Panchor telah dikunjungi oleh beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk sesi kunjung bantu pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah. Berikut dikongsikan rakaman yang sempat dibuat. Dimulakan dengan taklimat kepada para pegawai yang berkunjung di bilik gerakan sekolah. Melihat pelaksanaan kelas pembuatan roti. Pizza dikongsi bersama. Melihat pelaksanaan kelas kraftangan dan anyaman. Upah rajin buat kerja, makan pun Cikgu Sahidah suapkan. Melihat pelaksanaan kelas asas refleksiologi. Yang Berusaha Encik Rosni bin Pilus, GPK 1 SMK Panchor telah menyampaikan cenderahati kepada para pelawat. Para pelawat menikmati jamuan ringkas.

Maggi Berkuah Atau Murtabak Maggi?

Image
 7.30 pagi, Rabu, 9 November 2022, Tempat Letak Kereta Blok Akademik SMK Panchor Untuk perjumpaan Pergerakan Pengakap KPKP SMK Panchor pada pagi ini telah diadakan aktiviti memasak Maggi dengan menggunakan kayu api. Ahli-ahli dibahagikan seperti ketetapan di dalam gambar di bawah. Ahli-ahli diberi bimbingan yang minimum dalam menyediakan masakan mereka sendiri. Pendek kata, guru-guru pembimbing setiap kumpulan menjaga asalkan jangan ada yang terbakar pakaian atau anggota badan sudah. Sebab itu ada yang Maggi sup kuahnya 'ceroi' pun ada. Kuah ceroi ka, kuah pekat ka, masuk cili padi banyak2 ka, di hujungnya memang tak berbaki. Memang habis dimakan ahli-ahli. Daripada senarai di atas, hanya kumpulan 2 dan 6 (yang saya jaga) memilih 'jalan yang susah' iaitu membuat murtabak Maggi. Kedua-dua kumpulan ni habis last sekali. Time nak mula makan hasil masakan tu, kumpulan-kumpulan yang lain yang buat Maggi sup tu dah siap makan dan mengemas tempat memasak.  Murtabak Maggi yang ...