Maggi Berkuah Atau Murtabak Maggi?

 7.30 pagi, Rabu, 9 November 2022, Tempat Letak Kereta Blok Akademik SMK Panchor

Untuk perjumpaan Pergerakan Pengakap KPKP SMK Panchor pada pagi ini telah diadakan aktiviti memasak Maggi dengan menggunakan kayu api. Ahli-ahli dibahagikan seperti ketetapan di dalam gambar di bawah.


Ahli-ahli diberi bimbingan yang minimum dalam menyediakan masakan mereka sendiri. Pendek kata, guru-guru pembimbing setiap kumpulan menjaga asalkan jangan ada yang terbakar pakaian atau anggota badan sudah. Sebab itu ada yang Maggi sup kuahnya 'ceroi' pun ada. Kuah ceroi ka, kuah pekat ka, masuk cili padi banyak2 ka, di hujungnya memang tak berbaki. Memang habis dimakan ahli-ahli.

Daripada senarai di atas, hanya kumpulan 2 dan 6 (yang saya jaga) memilih 'jalan yang susah' iaitu membuat murtabak Maggi. Kedua-dua kumpulan ni habis last sekali. Time nak mula makan hasil masakan tu, kumpulan-kumpulan yang lain yang buat Maggi sup tu dah siap makan dan mengemas tempat memasak. 

Murtabak Maggi yang dihasilkan memang sedap (wah, masuk dalam bakul dan angkat diri sendiri!). Saya sendiri tak menyangka anak-anak kita mampu makanan sesedap itu dengan bimbingan yang minimum.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Maaf, tak letak banyak2 gambar dalam ni, para penjaga boleh tengok di dalam Group Whatsapp Waris.





































Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga