Posts

Keputusan Rasmi Pertandingan-Pertandingan Minggu Kebangsaan KPKP SMK Panchor Tahun 2021

Image
Berikut ialah keputusan rasmi untuk kesemua pertandingan yang telah diadakan bersempena Minggu Kebangsaan KPKP SMK Panchor Tahun 2021. Jangan lupa untuk datang secara pandu lalu di hadapan pondok jaga SMK Panchor mulai pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi, hari Sabtu, 18 September 2021 untuk mengambil hadiah serta modul PDPR untuk minggu depan. Tahniah kepada semua pemenang!

Pertandingan Pakaian Tradisional/Kebangsaan Bersempena Dengan Minggu Kebangsaan KPKP SMK Panchor 2021

Image
Dikongsikan di sini beberapa gambar peserta yang sempat cikgu ambil dalam pertandingan yang telah berlangsung pada hari Isnin, 6 September 2021. Maaf jika ada yang tertinggal. Nantikan keputusannya dalam sedikit masa lagi.

Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang Di SMK Panchor

Image
Walaupun kehadiran di sekolah buat masa ini hanya terhad kepada bilangan yang tertentu, namun semangat yang meluap-luap untuk mengibarkan Jalur Gemilang tetap diteruskan. Tatapi rakaman yang sempat cikgu buat pagi semalam (Khamis, 9 September 2021) di sekolah sewaktu cikgu ke sana untuk menghantar modul PDPR yang akan kamu gunakan selepas cuti nanti. Pagar utama sekolah Pejabat pentadbiran sekolah Kantin sekolah Hadapan Dewan D'Persada Gemilang Dataran Patriotik

Kuiz Kemerdekaan Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan KPKP SMK Panchor Tahun 2021

Image
Hari: Selasa Tarikh: 7 September 2021 Masa: 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi Medium Perlaksanaan Kuiz: Secara dalam talian Google Meet di pautan https://meet.google.com/ahh-fuft-bzf   Pada pagi ini di bawah kelolaan Cikgu Noor Azlan telah diadakan Kuiz Kemerdekaan Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan KPKP SMK Panchor Tahun 2021 yang disertai oleh para pelajar KPKP SMK Panchor. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar bersempena dengan nama dua kereta nasional terawal negara kita iaitu Saga dan Kancil. Para pelajar telah dimaklumkan mengenai kuiz ini melalui video Youtube pada hari sebelumnya di pautan https://youtu.be/czEIG7gbiPs . Sebelum kuiz bermula mereka telah melantik tiga orang wakil untuk mewakili kumpulan iaitu Muhammad Aiman Danial, Muhammad Hariz dan Nik Farah Farhana Dania bagi kumpulan Saga manakala kumpulan Kancil pula melantik Naqib Syahmi, Nur Hazirah dan Nurul Farah. Persaingan sangat sengit pada permulaan kuiz tetapi akhirnya dimenangi oleh kump...

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat KPKP SMK Panchor Tahun 2021

Image
9.00 pagi, Isnin, 30 Ogos 2021, Pada pagi ini telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat KPKP SMK Panchor Tahun 2021 secara dalam talian melalui medium Google Meet. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Dr. Mohd Fadzil bin Jamil, Pengetua SMK Panchor. Terima kasih kepada semua KPKP SMK Panchor yang telah menyertai majlis pada pagi ini. Bersedia untuk memulakan majlis. Bacaan doa pembukaan majlis oleh Tuan Haji Raduan bin Nasir. Ucapan wakil pelajar KPKP SMK Panchor oleh Amir Akmal bin Khairul Anuar. Ucapan oleh Yang Berusaha GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar. Pengacara majlis, Puan Hajah Sahidah binti Mohamed Makhbul. Ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Tuan Dr Mohd Fadzil bin Jamil, Pengetua SMK Panchor.  Montaj program oleh Encik Poon Thin Fook. Mengimbau kembali aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lalu. Penampilan istimewa Dr Mohd Fadzil di dalam montaj. Bacaan sajak oleh pelajar Ahmad Razeq Danial bin Azmi...

Sambutan Bulan Kemerdekaan KPKP SMK Panchor

Image
 Mari kita bersama-sama memeriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan KPKP SMK Panchor!

Senarai Murid KPKP SMK Panchor Sehingga 25 Ogos 2021

Image