Kuiz Kemerdekaan Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan KPKP SMK Panchor Tahun 2021

Hari: Selasa

Tarikh: 7 September 2021

Masa: 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi

Medium Perlaksanaan Kuiz: Secara dalam talian Google Meet di pautan https://meet.google.com/ahh-fuft-bzf  

Pada pagi ini di bawah kelolaan Cikgu Noor Azlan telah diadakan Kuiz Kemerdekaan Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan KPKP SMK Panchor Tahun 2021 yang disertai oleh para pelajar KPKP SMK Panchor. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar bersempena dengan nama dua kereta nasional terawal negara kita iaitu Saga dan Kancil.

Para pelajar telah dimaklumkan mengenai kuiz ini melalui video Youtube pada hari sebelumnya di pautan https://youtu.be/czEIG7gbiPs . Sebelum kuiz bermula mereka telah melantik tiga orang wakil untuk mewakili kumpulan iaitu Muhammad Aiman Danial, Muhammad Hariz dan Nik Farah Farhana Dania bagi kumpulan Saga manakala kumpulan Kancil pula melantik Naqib Syahmi, Nur Hazirah dan Nurul Farah.

Persaingan sangat sengit pada permulaan kuiz tetapi akhirnya dimenangi oleh kumpulan Kancil dengan markah terkumpul sebanyak 22 markah berbanding kumpulan Saga yang hanya berjaya mengumpul sebanyak 14 markah.

Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang gagal cuba lagi dalam pertandingan-pertandingan yang lain pula ya!

Tatapi rakaman yang sempat dibuat semasa kuiz berlangsung. Terima kasih kepada jurugambar iaitu Cikgu Poon Thin Fook serta Cikgu Sahidah.



Yang nampak ramai ni ialah para pelajar yang tinggal di Taman Sinar Harapan.

Aiman kat mana tu dah waktu malam? Kami kat sini masih siang cerah lagi.

Nur Hazirah salah seorang wakil kumpulan Kancil sedang memberikan jawapan.



Memang seronok dapat jawab ramai-ramai.




Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor menyampaikan ucapan terima kasih serta sedikit taklimat kepada pelajar setelah tamat kuiz.

Maaf kalau tak ada gambar. Ada yang malu-malu enggan membuka kamera semasa kuiz.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga