Khamis, 23 Mac 2023. Kami warga KPKP SMK Panchor ingin menzahirkan ucapan takziah buat salah seorang pelajar kami iaitu Ahmad Razeq Danial bin Azmi dan keluarga di atas pemergian ayahnya iaitu Azmi bin Ahmad pada petang tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah (dibaca). Cikgu Nurul Huda mewakili pihak sekolah menyampaikan sumbangan derma warga sekolah kepada ibu Ahmad Razeq Danial.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai tahun ini KPM telah mengambil ketetapan bahawa para menjaga adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat para penjaga seperti pekerjaan dan pendapatan penjaga serta maklumat anak di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Setelah dikemaskini para penjaga perlulah mengesahkan maklumat yang telah dikunci masuk (key in). Maklumat yang dimasukkan adalah penting untuk tujuan seperti penyaluran biasiswa, Bantuan Awal Tahun Persekolahan dan bantuan Elaun Murid Khas. Berikut merupakan surat daripada pihak KPM bertarikh 11 Disember 2020. Sehubungan itu para penjaga KPKP SMK Panchor dimohon agar memberikan kerjasama untuk login (bagi pengguna sedia ada) atau mendaftar (bagi pengguna baru) di Sistem Pengurusan Modul Murid di portal public.moe.gov.my Idealnya, hanya salah seorang penjaga sahaja yang perlu login, mengemaskini maklumat dan mengesahkan maklumat di dalam sistem ini. Bagi yang telah berpisah tak ada masalah sekiranya kedua-dua ...
12.45 tengah hari, Khamis, 12 Januari 2023, Dewan Terbuka SMK Panchor Hari ini telah diadakan majlis di atas bagi meraikan persaraan guru KPKP SMK Panchor iaitu Tuan Haji Raduan bin Nasir. Terima kasih kami ucapkan di atas jasa-jasa beliau sepanjang berkhidmat di SMK Panchor. Semoga berbahagia di hari-hari mendatang di samping keluarga tersayang. Klik di sini untuk melihat Montaj Persaraan Tuan Haji Raduan . Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Kasih Ini Tetap Utuh, Terpahat Dalam Ingatan Yang Teguh, Terbit Dari Ikatan Ukhuwah Yang Ampuh, Rindu Nostalgia Di Sini Berlabuh...
Comments
Post a Comment