Ahmad & SerembanTeam 1 Johan Keseluruhan Pertandingan Boling Tenpin Pendidikan Khas Negeri Sembilan 2019

Khamis, 27 Jun 2019, Ole Ole Mydin Seremban 2, 9.00 pagi - 2.00 petang.

Tahniah kepada Ahmad Izzuddin bin Azizan dan pasukannya yang menjadi johan keseluruhan untuk pertandingan pada hari ini. Tempat kedua dimenangi oleh Seremban Team 4 manakala tempat ketiga Rembau A. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Dalam pertandingan pada hari ini, guru PPKI SMK Panchor Encik Noor Azlan turut bertugas sebagai AJK Statistik & Keputusan Rasmi manakala pembantu pengurusan murid iaitu Puan Nurul Insyirah pula bertugas sebagai 'lane marshal'.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Bersedia untuk memulakan permainan. Dari kiri: Nur Liyana, Puan Wahidah (pengurus pasukan), Puan Insyirah, Darshan, Ahmad Izzuddin dan Danish Harith.

Saya di meja statistik.

Sejujurnya Ahmad (di tempat ke 32 keseluruhan) dan Nur Liyana (di tempat ke 44 keseluruhan) beruntung kerana digandingkan dengan Danish dan Darshan. Danish merupakan johan individu lelaki diikuti oleh Darshan. Untuk pengetahuan semua, jumlah peserta pada hari ini ialah 60 orang.

Majlis penutup bermula.

Seremban Team 1 johan berpasukan. 

Tahniah kontijen Seremban.

Jangan lupa kongsi jajan-jajan tu dengan adik-beradik yang lain ye Ahmad :)

Sijil pemenang yang diperolehi.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Menerima Kunjungan Warga SMA Negeri 1, Padang, Indonesia

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga