Minggu PSS PPKI SMK Panchor



RAKAMAN AKTIVITI HARI PERTAMA: ISNIN, 16 JULAI 2018
1. Sekitar perasmian program di Dewan Terbuka SMK Panchor
Puan Sahidah binti Mohamed Makhbul selaku pengacara majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin.

Para hadirin mengikuti majlis dengan penuh minat.

Harris Hafiz Rahim sedang membacakan doa pembuka majlis.

Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan PPKI SMK Panchor sedang menyampaikan ucapan.

Yang Berusaha Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor sedang menyampaikan ucapan perasmian Minggu Pusat Sumber Sekolah PPKI SMK Panchor.

Puan Hajah Zawakhir memecahkan ketulan ais yang melitupi buku bagi menandakan program ini telah bermula secara rasmi. 

Puan Hajah Zawakhir turut menyumbang kepada Kempen Drop A Book.


Puan Hasmah turut menyumbang kepada Kempen Drop A Book.

Persembahan bicara berirama bertajuk ‘Sang Penggembala Kambing’ oleh para pelajar PPKI SMK Panchor.

Warga PPKI SMK Panchor bergambar kenang-kenangan bersama barisan pentadbir SMK Panchor.

2. Magic With Physic di PSS PPKI SMK Panchor

Puan Arini Ruhaiza, Jurulatih Fizik Dan Matematik Tambahan dari Tera Edu Training And Consultancy sedang menunjukkan silap mata Straw Tenggelam Timbul kepada Ahmad Izzudin.

Muhammad Farhan bin Kamarulzaman sedang menunjukkan silap mata Kad Melekat Di Gelas.

Muhammad Farhan bin Kamarulzaman sedang mengisi air ke dalam botol bagi membina sendiri peralatan untuk silap mata Straw Tenggelam Timbul.

Puan Arini sedang membimbing Nur Ain Khaireena dan rakan-rakannya untuk membina sendiri peralatan untuk silap mata Straw Tenggelam Timbul.

Muhammad Danish Najmi bin Johaimi sedang menunjukkan silap mata Straw Tenggelam Timbul yang dibinanya bersama rakan-rakan yang lain.

Warga PPKI SMK Panchor bergambar kenang-kenangan bersama Puan Arini.

3. Pertandingan Kuiz di PSS PPKI SMK Panchor

Puan Noor Hawani Syafirra binti Anuar sedang membuat pembahagian kumpulan untuk Kuiz PSS. 

Puan Noor Hawani Syafirra sedang menerangkan peraturan untuk Kuiz PSS.

Anis Adilah binti Azizan sedang mencabut soalan bagi pihak kumpulannya.

4. Kunjungan Ke PSS SMK Panchor

Warga PPKI SMK Panchor melakukan lawatan ke Pusat Sumber SMK Panchor.

Beratur sebelum memasuki Pusat Sumber SMK Panchor.

Chong Xi Chi sedang memilih buku untuk dibaca.

Warga PPKI SMK Panchor sedang tekun membaca buku.

Warga PPKI SMK Panchor sedang tekun membaca buku.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga